Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025 akan bermula pagi esok di Hong Kong Coliseum dimana aksi kelayakan akan diadakan terlebih dahulu.

Kem negara pastinya mahu meneruskan kejayaan selepas Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul juara Kejohanan Dunia di Paris pada 31 Ogos lalu.

Baca Juga:

Kejohanan yang berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu menyaksikan Malaysia telah menghantar seramai 22 wakil dimana lapan daripadanya akan terlebih dahulu beraksi dalam pusingan kelayakan.

Selain Tang Jie-Ee Wei yang menarik diri atas faktor kurang persediaan dan tidak berada dalam kondisi terbaik, Malaysia menghantar barisan-barisan pemain terbaik.

Leong Jun Hao dan Lee Zii Jia menjadi sandaran utama dalam perseorangan lelaki tetapi mereka terpaksa berentap sesama sendiri seawal pusingan pertama.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut menjadi tumpuan apabila diletakkan selaku pilihan utama kejohanan berikutan ketiadaan pasangan ranking pertama dunia yang juga juara dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Finalis kejohanan dunia 2025 yang merupakan juara bertahan Terbuka Hong Kong, Pearly Tan-M. Thinaah bakal turun dengan misi untuk mengekalkan kejuaraan.

Berikut merupakan senarai penuh pemain negara yang menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025:

Terbuka Hong Kong 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao

2) Lee Zii Jia

3) Justin Hoh – Kelayakan

4) Aidil Sholeh Ali Sadikin – Kelayakan

5) Cheam June Wei – Kelayakan

6) Teh Jin Hong – Kelayakan

Perseorangan Wanita 

7) K. Letshanaa

8) Goh Jin Wei – Kelayakan

Beregu Lelaki

9) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

10) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

11) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

12) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King

13) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

14) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

15) Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri – Kelayakan

16) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – Kelayakan

Beregu Wanita

17) Pearly Tan-M. Thinaah

18) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing

Beregu Campuran 

19) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai

20) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin

21) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien

22) Loo Bing Kun-Go Pei Kee – Kelayakan