Poster hari perlawanan China menentang Jepun semalam menarik perhatian netizen. Poster tersebut dikeluarkan oleh sebuah media di China.
Poster kreatif itu ternyata menyatukan peminat bola sepak untuk satu perkara.
China melayan kunjungan Jepun dalam kempen kelayakan Piala Dunia. Dan media di China membuat satu poster memaparkan Wukong menanti kunjungan Son Goku.
Sun Wukong adalah watak mitos yang sangat sinonim dengan masyarakat di China. Ianya turut disematkan dalam permainan video Black Myth: Wukong yang menjadi sensasi pada tahun ini. Dianggap antara permainan video terbaik pernah dihasilkan.
Sementara Son Goku adalah watak utama dalam anime Dragon Ball.
Peminat anime, bola sepak dan peminat permainan video berkumpul membincangkan poster tersebut.
Seorang peminat berkata: Sun Wukong vs Goku, ngamlah, monyet vs monyet. Agak ironi kerana watak Goku itu sendiri diilhamkan daripada Sun Wukong.
Seorang peminat karakter Son Goku menulis: “Son Goku adalah Sun Wukong Versi Jepun. Ianya diilhamkan daripada Raja Monyet dalam cerita pengembaraan China “Journey to the West”. Dalam anime “Gensomaden Saiyuki” juga ada karakter bernama “Son Goku” – atas alasan yang sama.
“Dragon Ball yang lama, Goku ada memegang senjata kayu dan ada ekor, dia boleh berubah menjadi monyet. Sebab ia diinspirasikan daripada Sun Wukong Si Raja Monyet.”
Peminat dari China menyatakan poster tersebut mungkin bukan Sun Wukong dalam permainan Black Myth. Hal ini kerana di China, memang mereka suka menggunakan karakter Sun Wukong.
Namun dia baik baik sahaja jika masyarakat luar China menganggap itu karakter dalam permainan video tersebut.
Kerana itu bukti permainan video itu benar benar berjaya mempromosi budaya masyarakat China ke luar negara.
Dalam aksi di atas padang semalam, Jepun menang 3-1 ke atas China.
This poster for the China vs. Japan soccer match is insane
It features the protagonist from Black Myth: Wukong representing China and Goku representing Japan. Interestingly, Goku is based on that character
Japan won 3-1 pic.twitter.com/9ssjEPb2DF
— Pubity (@pubity) November 20, 2024