Cik B cari lelaki sekufu untuk dijadikan teman hidupnya. Cik B ataupun nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menyatakan bahawa ada perbezaan yang ketara jika berkawan dengan lelaki tak sekufu.

Cik B meraikan kejayaannya menerima Anugerah Wanita Muda sempena The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025.

Cik B akui terharu dengan anugerah tersebut. Dan sempat berkongsi tentang ciri ciri lelaki idamannya.

Cik B cari lelaki sekufu sebab belajar daripada pengalaman

Cik B menyatakan bahawa dia ada pengalaman buruk ketika bersama dengan lelaki yang tak sekufu.

Berlaku konflik di masa lelaki ketika Cik B bersama dengan lelaki yang tidak sekufu.

Belajar dari kesilapan itu Cik B cari lelaki sekufu untuk mengelakkan konflik. Dan dia tidak mahu pengalaman pahit itu berulang lagi.

Dipetik daripada laman mStar, Cik B berkata: “Saya akan cari yang sekufu.”

cik B

“Saya ada pengalaman dengan orang tidak sekufu ini, kawan yang tidak sekufu ini pun tidak bagus,” alasan Cik B cari lelaki sekufu.

“Banyak perbezaan dia, kalau nak pergi makan pun dia kena tengok harga dahulu. Mentaliti pun lain kadang-kadang. Jadi saya cari duit dan mentaliti sekufu. Saya tidak terlalu fikir duit, saya cari mentaliti sekufu.”

cik b

Baru baru ini Cik B dilihat memuat  naik hantaran tentang seorang lelaki yang memberikannya bunga. Namun menurut Cik B mereka cuma kawan biasa.

Cik B enggan mendedahkan siapa lelaki tersebut dan membiarkan ia kekal misteri di mata wartawan dan netizen.

Lelaki itu membelikannya bunga kerana Cik B yang minta. Di mana Cik  B ketika itu sedang berduka.

cik b anugerah

Apapun, Cik B mengesahkan bahawa lelaki  tersebut bukan lelaki teman istimewanya. Dan boleh dikatakan bahawa lelaki tersebut sudah terkena ‘friendzone’ oleh Cik B.

Mereka sudah lama berkenalan yang membuatkan Cik B sangat selesa dengan lelaki tersebut.

“Dia memang kawan yang baik,” tegas Cik B kepada portal tersebut.