Cik B, anak perempuan kepada jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida, meminta semua netizen agar tenang dan sabar terhadap berita penyitaan rumah dan kereta mewah milik ibunya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Cik B menyeru semua pihak untuk kekal bersabar dan tidak terburu-buru membuat spekulasi.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Dalam salah satu hantaran yang memaparkan makanan, Cik B menulis, “Guys, sabar la pasal yang kena sita tu, Insya’Allah semua akan okay.

Cik B turut mengingatkan pengikutnya supaya tidak membuat andaian tanpa asas.

Dalam hantaran lain, beliau menulis, “Buat masa sekarang, Cik B cakap apa pun akan masuk berita, update story makanan pun masuk berita. Jadi lebih baik kita sabar.”

Berita mengenai penyitaan aset Dato’ Seri Vida telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang meluahkan rasa simpati terhadap situasi keluarga ini, manakala tidak kurang juga yang mengambil pendekatan mempersoalkan situasi sebenar di sebalik drama ini.

Namun, mesej yang disampaikan oleh Cik B jelas bertujuan untuk semua orang mengambil sikap lebih tenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Untuk rekod, Dato’ Seri Vida kini berdepan dengan bebanan hutang RM1 juta yang membuatkan beberapa asetnya dilelong untuk menyelesaikan hutangnya.

Ini termasuk 4 buah kereta mewah yang telah pun disita.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah tersebut selepas permohonan Ah Design Communications selaku plaintif.

Laman mStar Online melaporkan bahawa writ penyitaan dan penjualan aset milik Vida dibuat sekitar 9 pagi tadi di kediamannya di Meru, Ipoh, Perak.

Vida dikatakan gagal memberikan sebarang respon dan kerjasama sejak 2018 sehingga 2023.

4 buah kereta Vida antara yang disita iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7. Ianya untuk menebus pampasan kepada Ah Design.

Oleh sebab itu pihak kontraktor tersebut menegaskan bahawa mereka terpaksa untuk memohon tindakan menyita aset Vida bagi menyelesaikan hutang yang sangat tinggi itu.

Namun peguam Vida menegaskan bahawa, jika Datuk Seri Vida berjaya melangsaikan hutang itu dalam masa dua minggu, proses lelongan barangan yang disita itu akan dihentikan serta merta.

Tarikh lelongan adalah pada 9 Disember akan datang.

Laporan sumber yang sama menyebut, ketika proses penyitaan, Datuk Seri Vida tidak berada di kediamannya, dipercayai berada di luar negara.