Siapa sahaja tidak teruja dapat bermesej dengan pelakon idaman jika diberi peluang di dalam hidup. Namun, perkara ini boleh dianggap mustahil untuk orang biasa merasai pengalaman sebegitu rupa.

Terbaharu, seorang warga emas yang juga pesara guru hanya mampu berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM225,000 selepas diperdaya sindiket ‘love scam’ yang menyamar sebagai artis K-Pop iaitu Lee Min-ho.

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan mendapati, wanita berusia 74 tahun itu mengenali suspek yang menggunakan identiti bintang Korea Selatan itu pada tahun lalu menerusi Facebook.

Menurutnya, sepanjang mengenali suspek, mereka hanya berhubung melalui ‘messenger’ di dalam aplikasi media sosial tersebut.

“Pada Oktober lalu, suspek mula meminta mangsa memasukkan wang kepadanya dengan alasan dia mempunyai kes perbicaraan di mahkamah.

“Suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa dia memerlukan jumlah wang yang banyak untuk lepas daripada kes tersebut.

“Mangsa telah melakukan pindahan wang bermula Oktober sehingga Disember tahun ini dengan jumlah RM225,000.

“Sebanyak enam transaksi dilakukan di sebuah bank di sini. Namun, menyedari telah ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis,” katanya lagi.

Beliau mengatakan bahawa kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan polis sedang giat mengesan pelaku.

Sumber