Sekiranya anda merupakan penonton setia video review makanan di aplikasi hiburan TikTok, nama TikTokers Indonesia, Sisca Kohl mungkin bukan lagi satu nama yang asing bagi segelintir anda yang pernah menonton videonya yang melintasi ruangan For Your Page (FYP).
Sicha Kohl, 19 tahun, merupakan TikTokers berbangsa Tionghoa dilahirkan di Tangerang, Indonesia. Mula aktif di TikTok sejak 2018 dan digelar sebagai ‘Crazy Rich TikTok’ kerana videonya yang sering review makanan-makanan harga ‘kayangan’.
Sehingga kini, Sisca Kohl sudah berjaya mengumpul seramai 6.5 juta pengikut serta meraih 186 juta likes daripada kesemua video review makanan yang dikongsikannya, lapor portal Kompas.
Ketika menu makanan ‘the road tour’, BTS Meal kolaborasi kumpulan K-Pop BTS bersama McDonalds mula menjelajah ke Indonesia, Sisca Kohl yang sering menghasilkan video review makanan bersama adiknya, Aliyyah Kohl turut tidak terlepas peluang untuk memborong dan review set BTS Meal untuk video TikTok terbaharunya.
Dalam video terbaharunya yang dimuat naik sejak semalam di TikTok, kelihatan Sisca mempamerkan lebih kurang 40 set BTS Meal yang dibelinya untuk sesi video review kali ini. Uniknya, kali ini Sisca dan adiknya tidak makan lalu mengulas rasa makanan BTS Meal, sebaliknya kesemua makanan termasuk sos yang terjual dalam set ini akan dicampur untuk dijadikan ais krim McDonald versi BTS Meal.
@siscakohl Bikin Es Krim BTS MEAL bersama adikku @aliyyah.kohl 💜🍦😋 #fyp
“Bikin ais krim BTS Meal check. Kali ini, saya tidak beli BTS Meal terlalu banyak supaya rakan-rakan Army semuanya juga dapat membeli BTS Meal.
“Untuk membuat ais krim BTS Meal, pertama sekali masukkan kesemua makanan BTS Meal dalam pengisar. Setelah hancur, hasilkan adunan bahan ais krim homemade dan asingkan untuk dua bahagian untuk rasa sos chajun dan sweet chili BTS Meal.
“Campurkan pewarna iaitu warna kuning untuk aiskrim perisa sos sweet chili mewakili warna McDonalds dan unggu untuk aiskrim perisa sos chajun mewakili warna BTS. Ais krim BTS Meal siap untuk dimakan, selamat mencuba,” ujar Sisca dalam video tersebut.
Dalam pada itu video TikTok Sisca Kohl ini turut mencuri perhatian dalam kalangan netizen di Malaysia. Rata-rata mereka sepertinya rasa geli lalu mahu termuntah setelah melihat Sisca menghasilkan ais krim BTS Meal ini.
https://twitter.com/shezzlahhhhh/status/1402798199253860353?s=20
Kalau tak tengok cara buat laju je makan ni cantik! Tp dh tau dia lambat sket nk makan 😩🥴 https://t.co/s9xlOihpvD
— Hunnimadu (@flutterby_fly) June 10, 2021
https://twitter.com/yessayalatu/status/1402862239795671042?s=20
Walaupun ingin menghasilkan konten TikTok yang viral tetapi sebaik-baiknya Sisca Kohl perlu menjadi contoh influencer TikTok yang baik untuk peminatnya dan resipi ais krim BTS Meal ini tidak wajar untuk ditiru kerana ia mungkin akan memudaratkan kesihatan kita.
Penangan BTS Meal telah memaksa 20 cawangan McDonal’s Indonesia ditutup buat sementara waktu. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Penangan BTS Meal, 20 Cawangan McDonald’s Indonesia Terpaksa Ditutup Buat Sementara Waktu
Mendapat Sambutan Luar Biasa, ‘Reseller’ Ambil Kesempatan Jual Semula Bekas The BTS Meal
Sudah Mula Dijual, ‘Army’ Serang McDonald’s Seawal 10 Pagi Kerana BTS Meal