Sebaik menjelang bulan Ramadhan, muncullah semua pencipta konten yang mahu berkongsi resepi juadah berbuka untuk tontonan umum.

Namun dalam mencipta resepi unik, timbul isu pula di mana ada yang terlebih kreatif membuat kombinasi makanan atau minuman asal boleh sehingga dianggap merosakkan identit menu tradisional yang dibanggakan oleh rakyat tempatan.

Seorang pencipta konten yang dikenali sebagai GegarGeli telah menyiarkan sebuah video resepi berbuka yang diluar kotak pemikiran apabila menggabungkan makanan dan minuman ikonik tempatan menjadi satu juadah baharu pula.

Menerusi video tersebut, lelaki itu telah mempamerkan dua bahan utama di dalam resipi berkenaan iaitu nasi lemak yang dah siap dan acuan membuat cendol.

Pertama sekali, dia memasukkan nasi lemak sebagai lapisan utama, kemudian diikuti sambal, cendol, jagung manis dan yang terakhir kacang merah pada bahagian atas sekali di dalam gelas.

Sebagai pelengkapnya, dia lalu menuang santan dan sirap coklat selepas itu kacau sehingga ia sebati secukup rasa.

@gegargeli

Resepi viral 🔥#nasilemak #cendol #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #trendingvideo #tiktokviral #funnymemes #viralvideo #funnyvideo #kelakargilerr #culinary #resipi #masak #masakansimple #masakdirumah

♬ original sound – GegarGeli – GegarGeli

Video terbabit yang berjaya meraih lebih 2 juta jumlah tontonan itu bagaimanapun telah mengundang kecaman teruk dari netizen di platform TikTok.

Rata-ratanya mengutuk tindakan lelaki terbabit kerana merosakkan resepi warisan sejak turun-temurun demi konten murahan ini.

“Menjahamkan makanan asli turun temurun..sekarang pun ada yangg dah tak lengkap..akan dtg??risau generasi seterusnya nanti dah tak kenal makanan tradisional kita…,” ujar seorang netizen.

“Ini bukan perkara yang melucukan, tolong jangan jadikan rezeki bahan jenaka. Anda tahu ini tidak betul,” komen seorang netizen.

“Harap tuan tak terus content mcm ni, Makanan tu, berapa ramai orang yang berhempas pulas untuk dapatkan makanan setiap hari. Jangann main dengan makanan, jadi influencer yang bermanfaat dunia dan akhirat,” pesan seorang netizen.

Selain merasa loya tekak, sebahagian netizen juga berpendapat yang tindakan itu sebagai mempermainkan rezeki yang diberikan oleh Sang Pencipta kerana sangat mustahil seseorang akan makan ciptaan tersebut selain daripada waktu konten itu dibuat.