Pada beberapa minggu lalu tular video pandangan lebih dekat Toyota Supra hijau legenda yang berada atas bangunan di Johor.
Video tersebut mendapat perhatian netizen dan ramai berasa ‘senang hati’ apabila ada orang sudi berkongsikannya.
Baca Juga:
- Eksklusif: ‘Close Up’ Toyota Supra Hijau Atas Bangunan Di Johor
- Pemandu Honda Civic Buat Lori ‘Panas’, Toyota Supra Jadi Mangsa
- Buat Aksi ‘Drift’ Sampai Kemalangan, Pemandu Toyota Supra Kena Tidur Lokap
TikTok @fadzil_m7 kembali dengan video terbaharu yang kali ini memperlihatkan bahagian dalaman kereta JDM tersebut.
@fadzil_m7 Part 2 supra hijau atas bumbung.. lambang kebanggan mutiara motors sdn bhd. #fadzilm7 #mutiaramotors #mutiaramotor #mutiaramotorsports #mutiaramotorsgroup #fy #supra #suprahijau #toyotasupra
Bahagian dalam kereta tersebut ‘kosong’, tiada kerusi, yang ada cuma komponen-komponen asas sahaja.
Sama juga pada bahagian bonet hadapan, di dalamnya tiada enjin 2JZ yang dapat menghidupkan kereta berkenaan.
“Kalau ada enjin pun, mesti hilang sebab banyak ‘permintaan’,” seloroh TikTok @fadzil_m7.
Tambahnya lagi, kereta tersebut juga tidak memiliki ekzos.

Beliau turut menunjukkan beberapa bahagian komponen yang ‘tak ternilai’ kepada para penonton.
Antaranya adalah, adjustable jenama TEIN, satu jenama yang cukup terkenal di kalangan kaki modified kereta.
Kemudian, beliau menunjukkan tayar kereta yang seakan fresh keluar dari kilang yang mana bunga tayar masih lagi tebal.


Tayar jenama Firestone bersaiz 225/40/17 itu merupakan keluaran ‘DBH5003’ yang bermaksud ia dihasilkan pada tahun 2003, kira-kira 22 tahun yang lalu.
Tidak lupa juga, sport rim BBS yang digunakan bersaiz 17-inci.
Netizen gembira dapat tengok luar dan dalam Toyota Supra hijau itu
Walaupun ringkas saja video berkenaan, namun ia telah memuaskan ramai penonton.
“Yes, akhirnya aku dapat tengok lebih dekat dalaman dan luaran kerete ini. Terima kasih Fad,” – TikTok @kadok46jebat
“Dari umur aku belasan tahun merempit dari Pontian ke bandar tengok kereta dekat atas itu. Sekarang sudah 40-series,” – TikTok @mohdhazrulhadzir
Pada akhir video tersebut, TikTok @fadzil_m7 berseloroh jika ada sesiapa sudi sponsor untuk cat semula Toyota Supra berkenaan.