Rakyat tempatan memang cukup terkenal dengan sifat pemurah sekaligus sering menjadi sasaran penipu untuk meraih wang dengan mudah.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Skudai, Marina Ibrahim menerusi akaun media sosialnya telah mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan seorang individu bernama Razak.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →
’Coach’ Kantoi Reka Cerita Jaga Orang Tua Untuk Raih Sumbangan
Sumber Gambar: X

Kongsinya, dia dihubungi Razak pada Jun 2024 untuk memohon bantuan kerana dia perlu menjaga ibu bapa yang sakit. Marina lalu mahu melawat lelaki itu namun ditolak mentah-mentah.

“ Aku nak buat lawatan, dia tak berikan kebenaran. Dia cakap buat lawatan bila dia ada di rumah,”katanya lagi.

Difahamkan pada 9 Jun tahun lalu, Marina datang terjah ke rumah keluarga Razak untuk membuat lawatan dan pada ketika itu terdapat seorang lelaki di rumah berkenaan.

Sambil menerangkan hasratnya datang kerana dimaklumkan ada individu bernama Razak meminta bantuan, tetapi rupanya lelaki itu adalah adik kepada Razak disamping terkejut dengan kedatangan mengejut itu.

“Lelaki tersebut merupakan adik kepada Razak , senyum dan agak terkejut. Kerana abang yang bernama Razak langsung tidak pernah balik dan menjaga kedua ibu bapa yang sakit dan ini bukan pertama kali orang datang rumah disebabkan kelakuan si abang,” tulisnya.

Pada hari berikutnya, Marina membuat lawatan sekali lagi bagi membantu untuk mengisi borang Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tambah Marina, dia dimaklumkan bahawa lelaki bernama Razak juga ada meminta sumbangan kepada orang ramai dengan alasan menjaga ibu bapa sakit dan dia tidak mampu membayar sewa serta mendakwa penyewa mahu mengunci ibu bapanya di dalam rumah kerana tidak membuat bayaran.

Bagaimanapun, difahamkan rumah tersebut telah habis di bayar dan adalah milik emak dan paling utama dia langsung tidak pernah menjaga mak ayah yang sakit.

’Coach’ Kantoi Reka Cerita Jaga Orang Tua Untuk Raih Sumbangan
Sumber Gambar: X

Dalam pada itu, Marina turut berkongsi yang dia menerima mesej daripada kakak Razak yang mendedahkan bahawa adiknya gemar menipu orang ramai.

“ Dia scammer. Saya dah bayar semua hutang-hutang duit Ahlong tahun 2016. Dia hilangkan diri sekarang timbul balik buat hal,” menurut kakak suspek lagi.

Malah, Razak telah menghilangkan diri selama tujuh tahun dan sebelum ini pernah mencuri harta benda keluarga termasuklah barang kemas kakak dan duit umrah ibunya sendiri.

Selain merasa terlalu malu, kakaknya berkongsi yang dia dan keluarga kini hidup dalam ketakutan dan tidak tahu apa lagi yang bakal Razak lakukan selepas ini.

Dia juga sempat meminta maaf bagi pihak keluarga kepada orang awam ekoran kegiatan Razak yang terus menipu orang ramai dengan meraih simpati dengan cerita rekaan dalam kesusahan serta menjaga kedua orang tuanya.

Seorang individu X turut dipercayai berjaya menjejak akaun sebenar Razak dan didapati berkerjaya dalam dunia coaching dengan pengalaman lebih 20 tahun untuk berkaitan kesihatan dan kecergasan.