Converse tampil dengan reka bentuk terbaharu dengan kasut yang kelihatan kotor dan ianya dijual dengan harga RM 380.00.
Walaubagaimanapun, kemunculan Chuck Taylor All Star Basic Wash tidak diterima baik oleh para peminat Converse, dengan kebanyakan daripada mereka mempersoalkan tindakan Converse yang meminta pelanggan untuk mengeluarkan wang sebanyak itu dengan reka bentuk yang boleh mereka lakukan secara percuma.
Tampil dengan warna biru dan putih, kasut klasik ini dilaporkan telah dibasuh daripada kotoran bagi memberikan satu look yang lain daripada yang lain. Tetapi tidak semua orang bersetuju dengan reka bentuk terbaharu dari Converse.
Salah seorang netizen menulis di laman twitter peribadinya bahawa reka bentuk terbaharu ini sengaja digayakan dengan warna kotor dan dijual pada harga yang sangat tidak berbaloi.
Manakala yang lain pula telah mengkritik reka bentuk terbaharu ini dan mempersoalkan adakah ini cubaan Converse untuk membuat lawak?
look at these converse that are designed to look dirty and cost £70 pic.twitter.com/7ewejQjr1w
— micha frazer-carroll (@micha_frazer) July 18, 2020
Converse bukan satu-satunya jenama yang menawarkan kasut dengan reka bentuk yang sengaja dibuat untuk kelihatan kotor dan dijual pada harga yang tinggi.
Pada bulan Mac tahun lalu, Gucci turut menerima kritikan kerana menjual sepasang kasut yang sengaja dibuat untuk kelihatan kotor dan dijual pada harga harga RM3,338.00.
Anda ada perancangan ke Jepun nanti? Apa kata melawat kesalah satu kedai kasut Converse ‘rare’ di sana. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Lebih 4,000 Pasang, Ini Adalah Kedai Kasut Converse Paling ‘Rare’ Di Jepun