Pemain pertahanan negara, La’Vere Corbin-Ong dilaporkan cergas sepenuhnya sekaligus boleh diturunkan pada aksi peringkat kumpulan E menentang Jordan dalam temasya Piala Asia 2023 Qatar pada awal pagi nanti.

Menurut maklumat, Corbin yang sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan ringan berjaya pulih sekaligus memberikan motivasi tambahan bagi skuad bimbingan Kim Pan-gon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemain berusia 32 tahun itu merupakan salah satu watak penting dalam pasukan negara dimana beliau banyak membantu gerakan serangan dari posisi pertahanan terutama sejak Malaysia dibimbing oleh Pan-gon.

Untuk perlawanan menentang Jordan, jurulatih dari Korea Selatan itu dijangka tidak banyak membuat perubahan dalam kesebelasan utama dimana beberapa pemain dijangka diturunkan.

Pemain seperti Syihan Hazmi, Matthew Davies, Dion Cools, Corbin-Ong, Faisal Halim dan Arif Aiman dijangka kekal dalam kesebelasan utama bagi membawa cabaran pasukan negara.

Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta menganggap Malaysia sebagai satu lawan yang sukar dimana menurut beliau, skuad Harimau Malaya merupakan antara pasukan yang mempamerkan prestasi terbaik kebelakangan ini.

Di atas kertas, Jordan merupakan pasukan pilihan untuk mencatat kemenangan kerana mereka berada di ranking FIFA yang lebih tinggi berbanding Malaysia.

Akan tetapi, Ammouta berpendapat Malaysia sudah banyak berubah sejak kali terakhir dua pasukan itu bertemu dan keputusan pada perlawanan lepas tidak boleh dijadikan ukuran.

“Fokus kami ialah pada masa sekarang. Banyak pasukan yang semakin bagus, termasuk Malaysia. Kami menghormati pasukan lawan dan sedar tentang perkembangan mereka.

“Walaupun Jordan mencatat dua kemenangan ke atas Malaysia, kami menjangkakan satu perlawanan yang sukar. Untuk itu, kami sudah bersedia,” katanya.

Jordan pernah menewaskan pasukan negara dengan keputusan 4-0 dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa pada September 2021. Sebelumnya, pasukan negara juga tewas dengan keputusan 1-0 pada 2019.

Jordan diperkuatkan oleh beberapa bekas pemain dan pemain yang ketika ini beraksi dalam saingan Liga Malaysia seperti Yazan Al-Arab, Mahmoud Al-Mardi, Noor Al-Rawabdeh (Selangor) serta Fadi Awad (PDRM).

Keempat-empat pemain di atas mengenali pemain negara yang pernah dihadapi mereka dalam saingan Liga Malaysia sekaligus memberi kelebihan pasukan pasukan Jordan.