Cristiano Ronaldo menandatangani kontrak baharu dengan Al Nassr. Pemain itu sebelum itu bergelar ejen bebas setelah kontrak 2 tahun terdahulunya tamat.

Namun Ronaldo sentiasa mengutamakan Al Nassr dan Liga Saudi sebagai pilihannya. Pemain itu kini berjaya mendapatkan kontrak baharu 2 tahun lagi dengan Al Nassr.

Bermakna dia akan kekal di kelab itu sehingga berusia 42 tahun.

Ronaldo menjadi keutamaan bukan sahaja oleh Al Nassr namun oleh Liga Pro Saudi yang mahu pemain itu menjadi ikon liga itu untuk projek jangka masa panjang.

Sejak Ronaldo tiba di Liga Pro Saudi, ianya telah banyak membantu meenaikkan publisiti liga tersebut.

Dia juga menjadi duta khas negara tersebut dalam mempromosi pelbagai acara pelancongan sukan. Ini termasuk e-sukan dan acara Riyadh Season.

Cristiano Ronaldo Sertai Acara E-Sukan, Global Esports World Cup (EWC) Di Arab Saudi

Kerajaan Saudi sangat berpuas hati  dengan cara Ronaldo menjadi duta negara tersebut. Dia sentiasa menjaga kelakuannya di khalayak ramai dan menjadi role model ramai anak muda di seluruh dunia terutama sekali di Arab Saudi sendiri.

Butiran ringkas kontrak baharu Cristiano Ronaldo

Ronaldo setuju untuk kontrak baharu sehingga 2027 dengan gajinya €400 juta atau RM1.98 billion dalam dua musim.

Bermakna dia menerima €200 juta semusim di Al Nassr selepas ini.

Masih ada banya bonus yang terkandung dalam klausa kontrak Ronaldo yang mencecah ratusan juta euro jika dia berjaya mengaktifkannya.

kontrak baharu CR7

Ronaldo turut menerima bonus tandatangan kontrak €30 juta.

Ronaldo masih menikmati keistimewaan seperti disediakan 16 pembantu peribadi profesional yang mengendalikan urusan sehariannya. Ini termasuk pembantu rumah, pemandu peribadi, pengawal keselamatan, pengawal peribadi dan sebagainya.

Dia juga menerima pakej €4 juta budget tahunan untuk perkhidmatan jet peribadi. Dia boleh terbang ke mana sahaja  dia suka dengan belanjawan itu.

Bagi bonus prestasi, Ronaldo menerima €100,000 untuk setiap gol dan bonus itu akan meningkat 20% pada musim hadapan.

Untuk setiap bantuan gol yang dilakukannya, Ronaldo €50 ribu dan akan meningkat 20% musim berikutnya.

Cristiano Ronaldo Dapat Kontrak Baharu RM1.98bn Di Al Nassr, Ini Butiran Ringkasnya

Jika Ronaldo membantu Al Nassr menjuari Liga Pro Saudi, dia akan mendapat bonus sekitar €9.5 juta lagi. Bonus €5 juta jika dia memenangi Kasut Emas Liga Pro Saudi. Dan €8 juta bonus jika  Al Nassr layak Liga Juara Juara Asia Elit dan memenanginya.