Dalam dunia kewangan yang semakin mencabar, membuat keputusan yang bijak amat penting untuk memastikan kestabilan ekonomi peribadi.
Tidak kurang juga yang memilih untuk mendapatkan pinjaman daripada bank sama ada bagi tujuan perbelanjaan perkara keperluan atau kemahuan.
Dalam pada itu, tahukah anda mengenai CTOS selaku agensi pelaporan kredit terkemuka Malaysia yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk membantu anda.
Lima cara CTOS boleh menjadi rakan kongsi kewangan anda. ‘Jangan Lupa, Jangan Kantoi’
1. Memahami laporan kredit anda
CTOS selaku agensi pelaporan kredit memberikan anda akses kepada laporan kredit yang lengkap dan mudah difahami. Menerusi laporan ini, anda dapat mengenal pasti kelemahan dalam profil kewangan anda, seperti tunggakan pinjaman atau rekod pembayaran yang tidak konsisten.
Dalam erti kata lain, anda berpeluang untuk memperbaiki laporan kredit sebelum memohon pinjaman baharu.
2. Meningkatkan peluang kelulusan pinjaman
Sama ada anda mahu membuat pinjaman untuk bercuti, pembeli kenderaan atau rumah, semuanya bergantung kepada laporan kredit anda.
Laporan kredit yang bersih dan terurus meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan kelulusan pinjaman daripada institusi kewangan.
CTOS sedia membantu dan memantau status kewangan anda secara berkala dalam memastikan tiada maklumat negatif yang menghalang proses kelulusan.
3. Mencegah penipuan identiti
Penipuan identiti merupakan masalah serius yang boleh menjejaskan reputasi dan kewangan anda. Oleh yang demikian, CTOS membantu mengesan tanda-tanda awal kecurian identiti melalui pemantauan data dan laporan kewangan.
4. Membantu anda mengurus baki pinjaman
Selain itu, agensi pelaporan kredit ini juga turut membantu menawarkan maklumat terperinci tentang baki pinjaman semasa anda. Dengan ini, anda boleh merancang strategi pembayaran yang lebih baik untuk mengurangkan hutang dan meningkatkan skor kredit anda.
5. Membantu anda merancang kewangan
Merancang kewangan untuk masa depan merupakan salah satu langkah penting. Selain itu, anda juga dapat menilai risiko kewangan dan membuat keputusan berdasarkan data yang boleh dipercayai.
Pembelian MyCTOS Score Report kini lebih mudah!
Satu lagi kelebihan menggunakan CTOS adalah kemudahan untuk membeli laporan MyCTOS Score menerusi laman rasmi CTOS dan juga menerusi aplikasi di Android mahupun iOS.
Laporan ini memberikan gambaran menyeluruh tentang tahap kesihatan kewangan anda, termasuk skor kredit yang penting untuk menentukan kebolehpercayaan anda sebagai peminjam.
Oh ya, anda juga boleh mendapatkannya menerusi aplikasi TnG eWallet. Dengan hanya beberapa langkah mudah di aplikasi TnG, anda boleh mendapatkan laporan ini dan mula mengurus kewangan anda dengan lebih cekap.
Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan teknologi ini dalam perjalanan kewangan anda. Sekarang adalah masa terbaik untuk mengambil langkah bijak dalam pengurusan kewangan!
Jangan tunggu sampai dah terjerat dalam masalah kewangan baru nak mengelabah! Jangan Lupa, Jangan Kantoi!
Berbekalkan CTOS selaku agensi pelaporan kredit anda, perjalanan menuju kestabilan ekonomi akan menjadi lebih lancar. Ketahui lebih lanjut mengenai laman rasmi CTOS dengan klik di sini.