Pemandu e-hailing pasti pernah berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan tetapi apa yang berlaku kepada pemandu ini pasti tidak mahu dilalui oleh pemandu yang lain.

Seorang individu bernama Ahmad Azahari berkongsi pengalaman buruknya di Facebook yang mahu para pemandu e-hailing lain berhati-hati dengan seorang lelaki yang cuba menipu para pemandu dengan cerita palsu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Azahari, ini merupakan kali kedua beliau ‘terkena’ dengan lelaki tersebut menerusi dua aplikasi e-hailing yang berbeza. Sebelum ini, pelanggan itu pernah cabut lari tanpa membayar dan bernasib baik pihak Grab sudah mengembalikan cajnya.

“Hari ini saya terima satu pesanan dan dari awal saya seperti sudah syak penumpang ini penumpang yang sama pernah tipu saya dahulu. Saya turunkan seat hadapan supaya wajahnya jelas dirakam dalam kamera.

“Awal perjalanan lagi penumpang ini sudah minta RM100 daripada saya dan berkata kakaknya di Sungai Buloh akan bayarknya kembali.

“Saya ok kan sahaja permintaan dia dan bawa dia ke balai polis Pandamaran, Klang. Baru sahaja saya hendak masuk balai, lelaki itu sudah terjun,” cerita Azahari.

Berdasarkan komen pemandu yang lain, mereka juga seperti pernah ‘terkena’ dengan individu yang sama dan lelaki itu sering membuka akaun yang baharu supaya kegiatannya tidak terbongkar.

“Memang dia ada banyak akaun. Saya selalu nampak booking ini di Bukit Tinggi ke RHB Sungai Buloh. Dia akan book sekali 3 akaun. Semua new user tetapi saya abaikan sebab dah tahu dia scammer,” tulis pengguna Facebook Roslan BatuBara.

Ramai yang berharap agar kejadian ini menjadi pengajaran buat lelaki itu dan dia tidak mengulangi kesalahan tersebut di masa akan datang.