Iqbal menyatakan bahawa dia tidak pernah lari daripada tanggungjawab membaya cukai kepada LHDN. Jadi tak perlulah netizen nak menyindirnya dengan memetik nama LHDN.

Usahawan muda Iqbal Zulkefli sebelum ini mendedahkan bahawa dia tak boleh ‘hidup’ jika tidak adan RM50,000 sebulan.

Baca Juga:

Ini kerana dia memiliki banyak komitmen yang harus dibayar. Jika tidak memiliki wang RM50,000 dia tiak boleh menjalani kehidupan hariannya seperti biasa.

Bil elektriknya sahaja sudah mencecah RM1,600 sebulan. Ini tidak termasuk komitmen lain dan perbelanjaan susu anaknya.

Iqbal menulis di Instagram: “Bersungguh saya jual barang, sekelip mata begitu saja keluar balik bayar bil elektrik. Susu anak anak pun sudah beribu sebulan.”

Iqbal Dedah Tidak Boleh Jalani Kehidupan Seharian Jika Tiada RM50,000

“Basic komitmen saya setiap bulan tidak kurang RM50,000sejak lima tahun lepas. Tiada RM50,000sebulan saya tidak boleh jalani kehidupan seharian.”

“Sendiri kerja tiada pernah ditanggung siapa. Ini pun bukan untuk saya sendiri sepenuhnya. Belum termasuk barang kehendak,” tegasnya di kapsyen IG Stories.

Sumber Gambar: IG @ahmadiqbalzulkefli

Iqbal kemudian menyatakan bahawa di rumahnya, dihiasi dengan perabot yang mahal. Misalnya harga sofa di rumahnya berharga RM26,000. Dia menjawab komen netizen yang melabel barangan di rumahnya boleh dibeli di Shopee sahaja.

Jadi, netizen kemudian mahukan LHDN mengetuk pintu rumah Iqbal selepas mendedahkan kemewahannya kepada umum.

Tetapi sekali lagi Iqbal membalasnya dengan menyatakan bahawa dia tak pernah taku dengan LHDN kerana selama ini memang dia membayar cukai pendapatan.

Bercakap kepada Mstar Online, Iqbal menyatakan bahawa dia sudah membayar cukai sejak 2018 lagi yang dia anggap sebagai tanggungjawabnya.

Dipetik dari sumber yang sama, Iqbal menyatakan: “Tak banyak sangat tapi kali terakhir saya bayar, bolehlah beli lima buah kereta Perodua Axia.”