Baru-baru ini warganet kongsikan di media sosial mengenai kekeliruan berhubung bahagian ‘Cukai Ditanggung Majikan’ semasa mengisi borang e-Filling Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sehubungan itu, LHDN tampil memberi penjelasan berhubung bahagian tersebut.

Baca Juga:

Menerusi penjelasan ringkasnya, individu memilih —

1. Ya: jika cukai pendapatan ditanggung oleh majikan.

– Majikan membayar cukai pendapatan bagi pihak pekerja.

– Bayaran ini dianggap manfaat tambahan kepada pekerja (perkuisit/manfaat cukai)

– Jumlah cukai tersebut juga dianggap sebahagian daripada pendapatan kasar penggajian.

2. Tidak: jika cukai pendapatan dibayar sendiri melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang dipotong daripada gaji.

– Cukai dipotong daripada gaji pekerja setiap bulan.

– Majikan hanya memotong dan menyalurkan PCB kepada HASiL.

– Ia merupakan bayaran pendahuluan cukai pekerja.

Kefahaman tepat mengenai manfaat ini sangat penting bagi mengelakkan ralat pengisytiharan yang boleh melambatkan proses bayaran balik.

Sumber