Kesilapan memilih ‘Ya’ pada bahagian ‘Cukai Ditanggung Majikan’ semasa mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2025 telah menjadi kerisauan warganet sejak beberapa hari lalu.

Ramai telah membuat pindaan untuk membolehkan proses bayaran balik lebihan cukai dipercepatkan.

Baca Juga:

Bagaimanapun hari ini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Memetik kenyataannya, pembayar cukai tidak perlu mengemukakan pindaan BNCP Tahun Taksiran 2025 bagi membetulkan penandaan tersebut.

Pada masa sama, bagi kes yang disahkan sebagai kesilapan penandaan, bayaran balik lebihan cukai akan diproses secara berperingkat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

“HASiL ingin menegaskan bahawa sistem pemprosesan bayaran balik cukai
dilaksanakan secara automatik berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai dalam BNCP.

“Oleh itu, ketepatan maklumat yang diisikan adalah penting bagi memastikan proses bayaran balik dapat dilaksanakan dengan lancar dan
tanpa sebarang kelewatan.

“HASiL komited untuk terus memastikan pengurusan bayaran balik cukai dilaksanakan secara adil, telus dan berintegriti, selaras dengan usaha berterusan memperkukuh
kecekapan pentadbiran percukaian negara,” kata LHDN.

Sumber