Selepas pelancaran rasmi di beberapa negara jiran yang lain, akhirnya Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) melancarkan model Honda Civic Type R FL5 untuk pasaran tempatan.

Menerusi pelancaran rasminya hari ini, model tersebut boleh didapatkan pada harga RM399,900, tidak termasuk cukai jalan dan insurans — harga tersebut menidakkan dakwaan orang ramai bahawa model baharu itu akan dijual pada harga mencecah lebih RM400,000.

Baca Juga:

Sumber Gambar: G Car Care / Facebook

Untuk pasaran Malaysia, Type R FL5 ditawarkan cuma 19 unit sahaja untuk batch pertama, dengan warna tunggal Championship White dan kemasan dalaman berwarna merah seperti yang pernah ditawarkan bagi model FK8 Type R yang lalu.

Memetik satu laporan, oleh sebab permintaan yang terlalu tinggi, Honda Malaysia akan memilih 19 pelanggan yang bertuah melalui cabutan undi sahaja.

Sumber Gambar: G Car Care / Facebook

Pelanggan diberi tempoh untuk membuat tempahan berserta deposit di pengedar Honda Malaysia selewat-lewatnya 15 Oktober. Cabutan undi akan dibuat pada 20 Oktober akan datang — difahamkan lebih banyak lagi unit akan ditawarkan pada tahun 2024 akan datang.

Model empat-pintu tersebut dilengkapi dengan enjin 2.0-liter KC20C1, transmisi manual 6-speed ini menghasilkan kuasa 321hp dan 420Nm tork. Kereta sport tersebut kini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.5 saat dan mencapai kelajuan maksima 272 km/j.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber