Cunha mahu sertai Manchester United selepas tamat musim ini.
Manchester United mendahului persaingan mendapatkan khidmat Matheus Cunha.
Pemain antarabangsa Brazil itu sangat cemerlang musim ini. Dan beberapa minggu lalu membuatkan peminat Wolves agak kecewa selepas dia menyatakan dia sudah sedia bermain di kelab lebih besar.
Cunha mahu sertai Manchester United
Cunha memiliki klausa pelepasan sekitar GBP63 juta. Dan United sedia untuk mengaktifkan klausa pelepasan tersebut. Dan Cunha mahu sertai Manchester United, sebagai sebahagian projek penting kebangkitan kelab itu di bawah revolusi Ruben Amorim.
Fabrizio Romano mengesahkan Man United mendahului persaingan mendapatkan Cunha yang turut menjadi buruan banyak kelab besar lain.
United optimis akan berjaya mendapatkan Cunha selepas kedua dua pihak bercakap buat pertama kalinya, menurut sumber pakar perpindahan eropah itu.
🚨 Manchester United are leading the race to sign Matheus Cunha from Wolves as negotiations are ongoing.
Personal terms are being discussed, as Man Utd are aware of more clubs keen + £62.5m release clause available.
Good feelings after initial contacts between Cunha and #MUFC. pic.twitter.com/6kEgkGzBId
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 21, 2025
Manchester United sudah sedia untuk melepaskan Marcus Rashford dan juga Jadon Sancho.
Sementara Antony juga dijangka akan meninggalkan kelab itu secara tetap selepas ini memandangkan Ruben Amorim sudah menegaskan bahawa pemain itu masih tiada dalam perancangannya.
Cunha tambah sengat di bahagian serangan
Kemasukan Cunha akan menguatkan lagi bahagian sayap dan juga mana mana posisi serangan pasukan itu.
Cunha dianggap sesuai dengan taktikal Ruben Amorim. Dia juga boleh bermain di posisi bek sayap.
Satu lagi sumber perpindahan EPL, Kaveh Solhekol juga mengesahkan bahawa Cunha sangat hampir untuk menyertai Manchester United.
Pemain itu teruja mahu bermain di kelab yang dianggap terbesar di dunia itu. Matheus Cunha sangat sukakan Manchester United dan sedia untuk menyarung jersi Red Devils.
Matheus Cunha mahu sertai Manchester United untuk melonjakkan lagi kariernya ke tahap lebih tinggi.
🚨 Matheus Cunha to Manchester United is VERY CLOSE!
(Source: @ChrisWheelerDM)
🚨 Cunha thinks United are one of the biggest clubs in the world and their current PL position would not put him off a potential move. He "loves United".
(Source: @SkyKaveh) pic.twitter.com/qw85OK94nw
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) April 22, 2025
Sebelum ini Amorim hanya mendapatkan Dorgu sebagai pemain senior. Sementara beberapa pemain lain pula ditandatangani kelab atas kapasiti pemain pembangunan.
Jendela perpindahan akan datang akan menjadi jendela perpindahan penting buat Ruben Amorim.
Pengurus itu juga sedang mempertimbangkan beberapa lagi pemain penyerang yang lain.