Sejak semalam, anak kepada Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona memuat naik sebuah video TikTok yang hatinya retak apabila kawan baiknya sendiri bercinta dengan bekas kekasihnya selepas mereka berpisah.

Malah, hal tersebut telah menyebabkan dirinya trauma untuk bercinta dan mempercayai kawan baiknya sendiri tetapi kini dia sudah melupakan tentang kejadian itu dan boleh bergurau tentangnya sekarang.

Baca Juga:

@leonsmeonss

my 2023 trauma 😍😍😍❤️ i am over it tho so dont worry i can joke about it now 🥰

♬ Originalton – 𓁹

Pendedahan dibuat oleh Leona telah mengejutkan ramai orang dan segelintir netizen telah memetik nama pelakon personaliti media sosial & pelakon baharu, Cupcake Aisyah.

Bukan itu sahaja, Aisyah didakwa menjadi individu yang dimaksudkan Leona selepas mereka menonton video ‘vlog’ dimana bekas teman lelaki Leona datang ke rumah Aisyah tanpa pengetahuannya ketika mereka masih dalam hubungan.

@malissaalii

” You’re gonna be so mad but Ryan came yesterday its a bit weird that u are not there ” Bro what kind of “best friend ” who used those sentences agaist u when their bf came over without telling them, you’re sick! #cupcakeaisyah #leona #ryan #exleona #rolexstory

♬ original sound – Malissa – Malissa

Susulan itu, ibu kepada Aisyah iaitu Sue Razip tampil mempertahankan anaknya menerusi hantaran di Instastory dengan menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan penjelasan terlebih dahulu dan tidak mendengar cerita dari sebelah pihak.

Dalam pada itu, dia juga meminta orang ramai untuk menghentikan dakwaan serta fitnah yang dilemparkan agar tidak terpalit dengan dosa sehingga perlu merangkak mencari mereka sekeluarga di Padang Mahsyar kelak.

Walau bagaimanapun, Leona enggan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya di TikTok dan berharap tidak ada lagi pertanyaan mengenai hubungan persahabatan mereka selepas ‘kantoi’.

“Saya baik-baik saja. Saya telah menyimpannya sendiri selama lebih dari setahun. Dan sekarang saya berada dalam keadaan baik saja. Saya hanya ingin melepaskannya kerana ia telah lama bermain di fikiran saya.

“Tetapi saya tidak mahu mengesahkan atau menafikan siapa itu tetapi saya harap anda tidak akan bertanya tentang persahabatan kami lagi.” tulisnya di Telegram.

@toughcookiesss_

Replying to @bunnybubletea Leona ada explain side dia dekat telegram and cakap yg dia taknak bagitau siapa and takde deny pun if bukan aisyah. maybe aisyah side can open up if is not true, unless the shoes fit… #cupcakeaisyah #leona #telegram

♬ we’ll be okay, for today – Arash Buana

Tambahnya, dia terpaksa menanggung kesakitan apabila ada segelintir netizen yang membuat andaian buruk selepas mengetahui dirinya sudah tidak lagi berkawan dengan ‘kawan baik.’

Leona turut berharap agar tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupannya.