Baru-baru ini anak kepada pelakon Azhar Sulaiman menjadi bualan hangat apabila memuat naik videonya yang menari sakan di platform TikTok.

Majoriti netizen luahkan rasa kurang senang dengan pemakaian Leona yang agak seksi dan terdedah lebih-lebih lagi baju yang dikenakan sehingga menampakkan bentuk dadanya.

Baca Juga:

@leonsmeonss

♬ mr take ya btch jersey club – Ali Beats

Sementara itu, Azhar dilihat memuat naik perkongsian di Instagram menasihati anaknya itu agar menjaga berat badan untuk kesihatan.

“Kepada Leona.  Kalau you tak mau dengar cakap Daddy, atleast you dengarlah cakap Jane Fonda. Kena Slim,Fit dan Sihat dan bukan Sihattt Walafiyattt OK,” tulisnya dengan berseloroh di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Dalam masa yang sama, di ruangan komen Azhar Sulaiman turut berkata fesyen atau pemakaian seseorang itu akan berubah dan beliau lebih risaukan mengenai diet anak perempuannya itu. Beliau juga berpendapat pemakaian yang diperagakan tidaklah seteruk mana.

Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan teguran tersebut tidak sepatutnya dibuat secara umum. Tambah Islam juga mengajar kita untuk menasihati seseorang secara senyap bagi menjaga aib yang dilakukan.

azhar sulaiman
Sumber Gambar: IG @azharbsulaiman

Bagaimanapun, ada netizen mendoakan agar Leona berubah suatu hari nanti serta terhibur dengan perkongsian Azhar itu yang berseloroh mengusik anaknya.