Sebagai seorang ketua keluarga, ayah sememangnya sudah buat yang terbaik untuk anaknya dan menasihat untuk menjadi manusia yang berguna.
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona menjadi bualan ramai selepas memuat naik foto di Instagram story menyambut Halloween di United Kingdom (UK).
Difahamkan, Leona melanjutkan pelajarannya di United Kingdom (UK) bersama kembar lelakinya, Andika Rees Pahamin namun, berbeza tempat pengajian.
Menerusi foto perkongsiannya di Instagram sebelum ini, ia menjadi bualan ramai apabila dia dilihat turut menyambut perayaan Halloween dan pakaian kostumnnya itu juga terlalu seksi .
Ayahnya, Azhar Sulaiman turut merasa sedih anaknya sering disensasikan di media sosial. Menurut laporan, Sebagai seorang bapa, Azhar sudah bercakap dan menegur Leona.
“Saya dah bercakap dengan anak saya Leona. Pada dia senang saja, dia kata dia bukan seorang pelakon, artis ataupun selebriti, dia hanyalah mempunyai media sosial akaun dan membuat konten untuk orang ramai,” penjelasan Azhar untuk anaknya.
“Leona juga mengatakan, apabila dia memakai seluar pendek atau pakaian yang terdedah, semua orang datang untuk mengecamnya tetapi bila pakai sopan tak kata apa pula. Adakah ini cara yang baik untuk mengecam? Let me deal with my god,” ujar ayahnya mengenai kenyataan Leona.
Azhar turut menambah, anaknya sering dijadikan bahan cerita oleh netizen dan mereka lebih tertarik untuk cerita yang buruk sahaja berbanding baik.
Sebagai seorang ayah, Azhar menjelaskan dia tidak selesa Leona menjadi perhatian ramai kerana dirinya turut dikecam sebagai ‘bapa Leona’ bukannya ‘Azhar Sulaiman’.
Azhar berharap Leona akan berubah dan berharap Leona menjadi lebih baik pada masa akan datang kerana setiap orang akan berubah pada suatu hari kelak.
Dalam pada itu, menerusi video memasak yang dikongsikan Leona di TikTok sebelum ini, Azhar mengatakan anaknya hanya membuat video itu sebagai konten kerana Leona lebih cerdik daripada itu.