Pengurus Kasih Iris Leona menyatakan dia sedia mengambil tindakan tegas ke atas mana mana individu yang melakukan body shaming ke atas influencer itu.

CEO dan juga founder XENO Entertainment, Prashan Chitty menyedari bahawa Leona telah menerima banyak komen mengaibkan fizikal daripada netizen.

Baca Juga:

Ianya gara gara video terbaru Leona yang menari di tempat awam. Ada yang melabel Leona seperti perempuan sudah anak lima.

Leona sempat menyindir netizen tersebut dengan berkata: “Dan mereka yang menganggap badan saya ni macam ibu anak 5, beritahu saya, adakah ibu kamu seiras saya?”

Prashan berkata kepada Astro Gempak, ianya bukan perkara baru, Leona mendapat kecaman dan makian di media sosial.

Namun dalam hantaran terbaru Leona sebelum ini pengurus influeneer itu mendedahkan bahawa pihaknya mendapati semakin ramai yang melampaui batas dalam berkomentar.

Mereka malah memberikan banyak komen berbaur lucah dan sebagainya. Ianya dikhuatiri akan memberikan kesan kepada kesihatan mental Leona dan keluarganya.

Dipetik dari Astro Gempak, Prashan berkata: “Mental Leona ni kuat sebenarnya. Dia tak kisah dengan kritikan yang dia terima. Malah dia tak baca pun komen komen netizen. Dia hidup dalam dunia dia sendiri.”

“Jadi buat masa ini pihak kami tak terfikir untuk mengambil tindakan terhadapn netizen yang mengutuknya. Namun jika keadaan menjadi lebih teruk sehingga menjejaskan kesihatan mental Leona serta keluarga, kita akan mula mengambil tindakan sewajarnya.”

Ayah kepada Leona iaitu Azhar Sulaiman menyatakan dia lebih bimbang dengan tabiat pemakanan Leona yang boleh memuadaratkan kesihatannya.