Ibu kepada pempengaruh Cupcake Aisyah, iaitu Sue Razip telah menerima ugutan daripada netizen yang tidak dikenali.

Ianya selepas anaknya dilaporkan bercinta dengan bekas teman lelaki Leona yang juga rakan baiknya sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini heboh di Twitter apabila Leona menyindir rakan baiknya bercinta dengan bekas teman lelakinya.

@leonsmeonss

my 2023 trauma 😍😍😍❤️ i am over it tho so dont worry i can joke about it now 🥰

♬ Originalton – 𓁹

Netizen kemudian menuduh orang itu ialah Cupcake Aisyah yang mesra dengan bekas teman lelaki Leona. Dan menerima hadiah mahal daripadanya.

Bukan itu sahaja, netizen turut menuduh Cupcake Aisyah sebenarnya telah skandal di belakang Leona ketika rakannya itu masih bercinta dengan lelaki tersebut.

Aisyah dikatakan menjemput bekas teman lelaki Leona datang ke rumah Aisyah tanpa pengetahuannya ketika mereka masih dalam hubungan.

@malissaalii

” You’re gonna be so mad but Ryan came yesterday its a bit weird that u are not there ” Bro what kind of “best friend ” who used those sentences agaist u when their bf came over without telling them, you’re sick! #cupcakeaisyah #leona #ryan #exleona #rolexstory

♬ original sound – Malissa – Malissa

Ibu kepada Aisyah, Sue Razip mempertahankan anaknya dan menafikan anaknya seorang penyondol.

Sue Razip juga meminta orang ramai untuk menghentikan dakwaan serta fitnah yang dilemparkan agar tidak terpalit dengan dosa sehingga perlu merangkak mencari mereka sekeluarga di Padang Mahsyar kelak.

Malangnya perkara menjadi lebih teruk. Apabila Sue Razip didakwa membela anaknya yang bersalah.

Malah dia menerima satu mesej ugutan, di mana seorang wanita memberikan amaran agar Sue Razip tidak membela anaknya, atau dia akan menerima akibatnya. Wanita itu mengancam mahu menyondol suami Sue Razip.

Mesej itu berbunyi: “Jangan backup anak ya makcik. Kena bagi teguran bukan backup. Acik pun dah tua. Fikir fikir sendiri. Nanti laki makcik pula saya rampas nanti.”

Pada kapsyen Sue Razip menegaskan bahawa dengan adanya maklumat nombor telefon dia ingin  tahu sama ada dia boleh mengesan siapakah pemilik nombor itu?

Dia membayangkan bahawa dia mahu mengambil tindakan perundangan kepada netizen tersebut yang dianggap melampau. Sue Razip mahu semua perkara ini dihentikan serta merta.

Sue Razip turut memuat naik gambar dia di hadapan balai polis dipercayai untuk membuat laporan polis.