Jenama Honda atau dikenali kalangan warganet sebagai ‘H’ memang cukup diminati orang ramai tidak kisah lapisan umur. Sehinggakan baru-baru ini ada seorang penganggur sanggup curi sebuah kereta jenis Honda City Hatchback milik seorang lelaki di sebuah kedai mencuci kenderaan di sini pada Isnin lalu.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki berkenaan ditahan di Pokok Sena, Kedah sekitar jam 6.10 pagi, semalam, lapor Buletin TV3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Katanya, polis menerima laporan daripada pemilik kenderaan itu pada jam 9.30 malam, Isnin lalu yang memaklumkan keretanya dilarikan seorang lelaki ketika berada di pusat cuci kenderaan.

“Siasatan mendapati pengadu menyerahkan kunci keretanya kepada suspek yang disangka salah seorang pekerja di kedai mencuci kenderaan itu sebelum suspek bertindak melarikan keretanya.

“Bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat ke atas suspek iaitu seorang lelaki tempatan yang berusia 26 tahun.

“Hasil semakan, suspek yang tidak bekerja turut mempunyai dua rekod lampau dadah. Hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas kereta Honda yang pengangur curi selepas ditemui di Seksyen 7 dekat sini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun jika disabitkan dengan kesalahan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi ditalian 012-3848103,” katanya.