Sudah acap kali kita melihat pemandu tidak bermoral yang mencucuk kereta hadapan untuk lari dari membayar yuran tol. Mereka seolah-olah tidak mengendahkan kereta dirakam oleh cctv mahupun dashcam pemilik kereta lain.

Namun, baru-baru ini, seorang pengguna TikTok berkongsi satu rakaman video yang memperlihatkan helah bijak yang dilakukan oleh si pemandu dalam memberi pengajaran kepada individu yang berbuat sedemikian.

Pada permulaan video, kelihatan sebuah kereta Honda berwarna putih dengan pantas mengejar pemilik dashcam di sebuah tol.

Pemilik yang menyedari akan niat pemandu Honda terbabit langsung melaksanakan satu ‘operasi’ untuk memerangkap suspek. Apa yang membuatkan muslihat kereta Honda ini boleh dihidu apabila dia memilih untuk mengekori kereta lain walhal laluan pembayaran lain masih kosong.

Dia yang pada mulanya memandu di laluan bayaran kad Touch ‘n Go telah memecut menukar ke laluan RFID pada saat akhir namun pemandu Honda masih berkeras dengan mengekori rapat walaupun masuk secara mengejut.

Lebih mendebarkan, apabila pemandu Honda putih semakin rapat dengan kereta hadapan kerana mahu lari pembayaran tol. Pemilik dashcam kekal tenang dengan sengaja memperlahankan kenderaannya sehingga palang tertutup secara automotik lalu beredar dari lokasi.

Kereta Honda putih itu pun tersangkut dan ketinggalan di belakang sekaligus memaksa mereka untuk melakukan pembayaran yuran tol seperti yang sepatutnya.

@mzkyz87

Next time no more skip toll!

♬ original sound – mzkyz87 – mzkyz87

Tindakan bijak pemilik dashcam ‘mengajar’ si pelanggar undang-undang yang enggan membayar yuran tol pada ketika itu telah meraih pujian orang ramai.

“Ini video terbaik.”

“Perghh, aku tengok banyak kali video ini sebab memang mantap.”

“Akhirnya ada pemandu bijak yang peka dengan situasi semasa. Terima kasih bikin kami puas hati.”

Malah, ramai yang tertanya bagaimana mahu melakukan sedemikian kerana barangkali tidak pandai menjangkakan waktu palang tol akan tertutup.

“Tips dia, jalan perlahan-lahan sampai ke bahagian bonet kereta, berhenti seketika kemudian bergerak sedikit-sedikit sampai palang turun,” kongsi seorang netizen.

 

 

Sumber