Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyifatkan daerah Klang di Selangor kini sudah jadi seperti Colombia susulan kes jenayah yang semakin meningkat.

Beliau berkata daerah Klang menjadi destinasi pertama beliau bagi lawatan kerja JSJ Bukit Aman susulan kenaikan indeks jenayah yang semakin ketara pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Walaupun kadar jenayah turut meningkat di seluruh negara, namun daerah Klang paling membimbangkan sehingga digelar Mini Colombia oleh kerana kes jenayah berat yang kerap berlaku.

“Mengapa saya memilih Klang sebagai daerah pertama saya untuk turun padang selaku pengarah jabatan siasatan jenayah adalah disebabkan indeks atau jenayah yang semakin meningkat.

“Seluruh negara meningkat bukan Klang sahaja tetapi apabila diviralkan dan dikatakan seolah-olah Klang ini sebuah daerah yang seperti Colombia.

“Itu telah mencabarkan saya kerana saya juga dekat dengan Klang kerana pernah mewakili Klang selama 5 tahun daripada tahun 1990 sampai tahun 1995. Saya merupakan pemain hoki Majlis MPK punya Klang,” kata Shuhaily ketika berucap dalam Town Hall Discussion anjuran PDRM bertempat di Bandar Klang, semalam.

Colombia merupakan antara destinasi yang paling bahaya di dunia kerana terkenal dengan keganasan jenayah di negara itu. Dengan hampir 80 kes pembunuhan setiap hari, ia bukan tempat yang sesuai untuk melancong.

Selain kes pembunuhan, JSJ Bukit Aman juga mengempur segala elemen berkaitan kumpulan kongsi gelap dan gangsterism di seluruh daerah Klang Selatan dan Klang Utara sejak 15 Januari lalu.

Operasi itu dilaksanakan susulan pelbagai kes-kes jenayah yang dilaporkan berlaku di dua daerah berkenaan termasuk kes samun dan pemerasan yang tular di media sosial.