Selama ini kita hanya melihat filem seperti Escape Plan yang mana mempamerkan gelagat banduan yang cuba meloloskan diri daripada penjara. Namun, perkara ini dilaporkan benar terjadi di Malaysia baru-baru ini di sebuah penjara di negeri di bawah bayu.

Pada Sabtu lalu, seorang tahanan di Lokap Berpusat Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah dilapor meloloskan diri dalam kejadian berlaku sekitar waktu tengah hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: X

Tahanan, Nazri Hassan, 33, dipercayai melarikan diri ketika sedang diiringi anggota petugas lokap ke bilik siasatan bagi tujuan soal siasat.

Insiden tersebut turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di pusat berkenaan dengan videonya didapati tular di media sosial sejak Ahad.

Dalam pada itu, sebuah video tular memaparkan seorang banduan yang berbaju ungu berjaya meloloskan diri sebelum dimasukkan ke sel tahanan.

Apa yang mengejutkan ialah apabila suspek dilihat memanjat dinding sel itu dengan sangat pantas sehingga pihak berkuasa tidak sempat mengejarnya.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Shahurinain Jais dilaporkan berkata, suspek yang melarikan diri itu dipercayai memanjat pintu jeriji lokap mengikut tingkap di ruang senaman.

Kemudiannya, tahanan berkenaan difahamkan keluar dari bangunan lokap dan memanjat pagar luar lokap sebelum melarikan diri.

Menurut Shahurinain, usaha petugas lokap mengejar untuk mengejar gagal dengan suspek berlari laju ke kawasan belukar berhampiran.

Susulan daripada kejadian itu, beliau berkata, gerakan mengesan tahanan sedang dilaksanakan menerusi Op Tutup.

Difahamkan, suspek sebelum ini direman bermula 10 hingga 18 Disember ini atas kesalahan mengikut Seksyen 431 A Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan tahanan terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Sumber