Pempengaruh, Vivy Yusof mula menempa nama di dunia internet dengan memulakan aktiviti blogging sejak zaman belajar perundangan di London School of Economics.
Sejak daripada hari itu, blognya ‘Prodduck’ mendapat pengikut yang ramai, kemudian menyumbangnya untuk menjadi seorang usahawan sehinggalah menjadi pengasas bersama FashionValet pada tahun 2010.
Baca Juga:
- ‘Faham, Tidak Bersalah’ – Vivy Yusof, Suami Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah RM8 Juta
- Bisnes Rugi, Gaya Hidup Mewah: Vivy Yusof Ada Koleksi Beg Tangan Mewah Bernilai RM1.5 Juta?
- ‘Kami Bertanggungjawab Sepenuhnya Atas Kerugian Pelaburan Khazanah, PNB’ – Vivy Yusof, Suami Tinggalkan FashionValet
Orang ramai terus mengikuti perkembangan Vivy Yusof melalui akaun Instagram peribadi usahawan itu.
Bagaimanapun sempena ulang tahun kelahirannya tahun ini, dia membuat satu keputusan yang drastik — mengunci akaun Instagram tersebut.

“Hampir 20 tahun yang lalu, saya memulakan blog yang tidak pernah saya bayangkan akan membuka begitu banyak pintu peluang.
“Ia membawa saya mencipta jenama dengan pasukan yang hebat, dan mengumpulkan komuniti yang menyaksikan saya membesar daripada seorang pelajar universiti kepada seorang isteri kepada seorang ibu kepada seorang usahawan yang penuh dengan suka duka,” petik hantaran Instagram Vivy.
Menurutnya lagi, dia sudah terlebih berkongsi hampir kesemua mengenai kehidupannya. Bagaimanapun dia langsung tidak berasa menyesal kerana itu adalah jalan memberi rezeki kepada keluarganya, dan banyak lagi keluarga lain.
“Proudduck, saya berterima kasih kepada anda untuk segala-galanya, anda akan sentiasa menjadi sebahagian daripada saya.
“Influencer ini tidak bukan lagi influencer. Jadi ia hanya akan menjadi anda, saya dan 1.8 juta yang lain.
“Itu sahaja buat masa ini. Bermulalah era kehidupan private saya,” kata Vivy Yusof.
Mengikut rekod, Vivy Yusof mempunyai lebih 1.8 juta pengikut di akaun Instagram peribadinya.
Hantaran Instagram itu telah mendapat pelbagai reaksi warganet. Ramai yang mengimbau balik penulisan blog Vivy Yusof.
Netizen juga berseloroh kerana ‘terselamat’ sempat menjadi salah seorang daripada 1.8 juta pengikut Instagram pempengaruh itu untuk mengikuti perkembangan kehidupan Vivy Yusof.