Sejak berkahwin dengan pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai sering mendapat perhatian netizen berikutan tindakkannya yang penuh kontroversi.
Mempersenda golongan single yang tidak berwang antara yang menjadi perkara yang dilakukan selepas mendedahkan mampu meraih lebih RM75,000 seminggu menerusi forex.
Baca Juga:
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
Terbaharu, Opai menerusi laman TikTok mendedahkan perbandingan layanan yang diterima beliau di negara luar berbanding negara sendiri di mana beliau sering menjadi bahan kecamana.
https://www.tiktok.com/@aliff_awang/video/7198871843275541787
Menerusi video yang dikongsikan, beliau mendedahkan telah menerima layanan seakan raja di Brunei. Bukan sahaja Brunei, malah mereka di London dan Dubai juga turut memberikan beliau layanan yang luar biasa. Perkongsian beliau di TikTok turut mahu orang ramai mengubah pemikiran atau mindset di mana beliau mendakwa dihina di negara sendiri.
Perkongsian ringkas Opai di TikTok ini telah menerima respon daripada dua kelompok yang berbeza di mana terdapat individu menyokong apa yang diperjuang beliau.
Sementara itu, terdapat netizen yang mempertikaikan tindakan Opai yang melabelkan forex sebagai bisnes. Netizen juga turut memaklumkan seseorang tidak akan dibenci sekiranya tidak sombong.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang individu tampil untuk mendedahkan ‘perniagaan’ yang dilakukan Opai sehingga mampu bergaya dengan kereta mewah.