Beberapa hari lalu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan meminta pemilik McLaren membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular dalam kejadian membabitkan Aliff Awang ‘Opai’, suami kepada pelakon Fatin Afeefa.

Susulan daripada itu, bekas pemilik kereta McLaren tersebut telah tampil menjelaskan hal sebenar di mana kereta terbabit sebenarnya sudah dibeli oleh Opai tahun lalu.

Baca Juga:

Memetik laporan Mstar, pemilik McLaren itu dikenali sebagai Hafiz Wasa menyatakan Opai sudahpun membeli kereta tersebut daripadanya pada November tahun lalu.

“Ya saya pemilik kenderaan itu, tapi Opai dah beli kereta itu daripada saya pada November lalu.

“Cuma kami belum lakukan penukaran pindah hak milik lagi sebab dia agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah dan sedikit pembedahan. Semuanya masih dalam proses tapi bayaran dia dah selesaikan.

“Jadi itu memang kereta dia pun, pelik dengan netizen ini, mungkin sebab video Opai yang viral baru-baru ini menyebabkan ia jadi bualan,” katanya kepada Mstar.

Menurut Hafiz, Opai sebenarnya bukanlah seperti yang digembar gemburkan di media sosial kerana dia sangat baik apabila diluar sehingga sanggup membeli kereta tersebut untuk membantu rakan yang mengalami masalah dalam perniagaan.

“Saya ada jalankan perniagaan dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bisnes kami ada masalah situ, itu sebab kami buat keputusan untuk jual kereta tersebut.

“Saya rasa Opai beli kereta itu pun sebab nak tolong saya, ikutkan dia ada banyak pilihan lain.

“Kami dah kenal sejak 2016. Sepanjang perkenalan saya dengan Opai, dia dekat luar tidak sama macam di dalam video. Dia seorang yang baik dan hormat orang,” jelasnya.

Terdahulu, JPJ mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.

Sumber