Kecoh sejak Mei lalu apabila Inara Rusli memaklumkan terpaksa membuka purdah demi mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak selepas mendedahkan Virgoun curang bersama perempuan lain.
Selain tuntutan cerai, Inara Rusli turut dilaporkan melakukan tuntutan hak royalti untuk beberapa buah lagu yang dicipta bersama bekas suaminya, Virgoun.
Baca Juga:
- Virgoun Langgan Wanita Lain, Isteri Terpaksa Buka Purdah Untuk Cari Rezeki Sara Anak-Anak
- Inara Rusli Mengaku Tidak Berhias Dan Berpurdah Punca Virgoun Cari Perempuan Lain
- Inara Rusli Dituduh Terlalu Garang, Pembantu Rumahnya Bertukar Sebanyak 50 Kali
Menurut peguam yang mewakili Inara, Arjana Bagaskara, tuntutan itu dibuat kerana ia termasuk dalam harta bersama selain lagu tersebut dicipta selepas mereka bergelar suami isteri.
“Kalau royalti kan masuk harta bersama, jadi kena tunggu keputusan hakim,” katanya ketika ditemui di Studio Pengadilan Agama Jakarta Barat, pada Rabu.
Menurut Inara,keputusan tersebut dibuat atas dasar mahu menuntut sebahagian yang dikatakan sebagai harta sepencarian. Difahamkan, terdapat sebanyak tiga buah lagu yang akan dituntut antaranya ialah lagu hit, Surat Cinta Buat Starla.
Arjana kemudiannya menjelaskan mengenai mekanisme berhubung tuntutan royalti yang bakal dilalui oleh Inara dan menjelaskan dia akan menerima 50 peratus royalti daripada ketiga-tiga lagu itu.