Mulai dikenali ramai sebagai pelakon, Iqram Dinzly sejak beberapa tahun terakhir ini sering kali hadir dengan imej dan kenyataan yang penuh dengan kontroversi.

Malah, beliau yang pernah didakwa sebagai gila ini menafikan kenyataan tersebut sebaliknya memaklumkan memiliki 6 personaliti berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Yang gila itu Prince Chiki Dinzly, bukan Iqram Dinzly.”, ulas beliau dalam sebuah temu bual pada tahun lalu.

Terbaharu, Iqram Dinzly sekali lagi kembali dengan kenyataan penuh kontroversi menerusi temu bual OKLETSGO di mana beliau mengajak orang ramai ‘berzina’ di masjid.

Kenyataan yang dibuat sekaligus telah mengejutkan pihak yang menemubual beliau dengan mengajak orang ramai melakukan perkara yang tidak sopan di rumah Allah.

Dalam pada itu, Iqram Dinzly dalam temu bual tersebut memaklumkan zina mempunyai maksud dan konteks yang berbeza.

Bukan itu sahaja, beliau turut memaklumkan ajakan berzina di masjid berbanding berzikir di masjid ini bakal mendapat perhatian ramai manakala golongan cerdik pandai akan mengkaji maksud yang diungkapkan beliau.

Lebih mengejutkan ramai, Iqram Dinzly turut mendakwa ajakan beliau untuk berzina di masjid ini merupakan ilham yang diizinkan Allah buat beliau.

Kenyataan penuh kontroversi yang dibuat secara tidak langsung turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dan kurang senang dengan kenyatan beliau.

Sumber: Instagram @dzarismail
Sumber: Instagram @dzarismail
Sumber: Instagram @dzarismail

Orang ramai yang berminat untuk menonton dengan lebih lanjut kenyataan yang dibuat Iqram Dinzly boleh menontonnya menerusi YouTube OKLETSGO dengan klik video di bawah.