Sebut sahaja nama pelakon, Iqram Dinzly, pasti ramai yang mengenalinya dengan perwatakan yang pelik sebelum ini. Namun, dipercayai dirinya telah berubah menjadi lebih baik sekarang.

Baru-baru ini, satu hantaran video di TikTok tular apabila pernampakkan dirinya di sebuah majlis ilmu. Lebih-lebih lagi apa yang meraih perhatian netizen ialah pelakon berusia 41 tahun itu duduk sebaris dengan para alim ulama.

Artikel Berkaitan:

@ainhaura00

Semoga kita terus kuat dalam istiqomah dan direzekikan dengan kematian husnul khotimah dan di redhai Allah 😌 abang @Yang Mulia Iqram Dinzly maaf ye curi2 record video 🙏🏻 #fyp #quotesislamic🥀 #lantunanmahabbahrasulillah #darulehsanberselawat

♬ Allahum Antasalam – DJ Ginsul

Menerusi video tersebut, Iqram kelihatan bergaya memakai jubah berwarna putih bersama serbannya semasa menghadiri majlis ilmu itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikapnya dan menyokong penghijrahannya yang berubah ke jalan yang benar.

“Alhamdulillah. Tidak hina seorang manusia di mata manusia. Hanya Allah sahaja yang berhak memberi manusia pangkat dan darjat. Hidayah milik Allah,” ujar seorang pengguna TikTok yang kagum dengan perubahan Iqram.