Nama selebriti Iqram Dinzly sering menjadi bualan ramai apabila dia mencetuskan pelbagai kontroversi.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @syarifahnabilahbi2 telah berkongsi sebuah video memaparkan Iqram Dinzly solat dalam kapal terbang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@syarifahnabilahbi2

Bismillahirrahmanirrahim. Ditakdirkan satu flight dengan @Yang Mulia IQ Dinzly pada 14/05/2023. Pengakhiran kita tak pasti, yang pastinya, dia solat paling awal dlm semua penumpang. Sbb time check in bertindan ngam2 waktu Zohor. Dahla ada turbulence after that 🥺 Insaf sekejap. Whatever the media is reporting, this is what I witnessed. #iqramdinzly #mstaronlineofficial #spiritualawareness

♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA

Menurut perakam, Iqram adalah individu yang paling awal menunaikan solat Zohor dalam kalangan penumpang kerana proses check-in dilakukan ketika waktu Zohor.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji Iqram yang menunaikan solat hormat waktu.

Bukan itu sahaja, ada juga individu yang mendedahkan bahawa Iqram memang menjaga solatnya dari dulu.