Kita sudah lihat pelbagai jenis iklan bilik sewa yang sempit dan tidak sesuai didiami sehingga netizen menggelarkan ruang itu seperti ‘liang lahad’, ‘peti mayat’ dan ‘tempat orang sakit’.
Terbaharu, pengguna Twitter @AsyrafRosli_ berkongsi tangkap layar satu iklan di mana pemilik rumah telah menjadikan ruang balkoni rumahnya sebagai ‘bilik sewa’.
Baca Juga:
- Tawar Bilik Sewa Sempit Macam Peti Mayat, Netizen Gelar Pemilik Rumah ‘Cekik Darah’
- ‘Liang Lahad Berbayar’ – Iklan Bilik Sewa Sempit Berharga RM350 Di Selangor Ini Buat Netizen Terkejut
- ‘Sudah Seperti Tempat Orang Sakit’- Netizen Terkejut Lihat Ruang Tamu Dijadikan Bilik Sewa Berharga RM170
Dalam ‘bilik sewa’ berkenaan, ia dilengkapi dengan kipas, lampu, bantal, katil, meja, soket plug dan langsir untuk menutup sliding door.
Balcony room ya😭 pic.twitter.com/Kk50GCeSJF
— AsyrafJr | iPhone Repair (@AsyrafRosli_) April 6, 2023
Perkongsian ciapan itu mendapat pelbagai kritikan daripada netizen. Sampai ruangan balkoni pun pemilik rumah sanggup jadikan ‘lubuk’ untuk membuat duit.
Tambah netizen lagi, agak berbahaya jika ingin menyewa ruangan tersebut kerana jika berlaku hujan lebat dan angin kuat, besar kemungkinan barang-barang yang ada di dalam ‘bilik sewa’ itu boleh terjejas terkena air andaikata terlupa tutup sliding door.
Nohh sekali matahari naik terus rentung. Gila sampai balkoni owner buat jadi bilik. https://t.co/UAoELo600S
— Yone (@itsme_yone) April 7, 2023
Balconi 2 inci je buat apa?
Nak lalu pun tak celuih. 😭 https://t.co/gBnE5dJkE5— Temah Ulu Banat (@TemahUluBanat) April 6, 2023
Melampau sgt dah ni https://t.co/opt5CUbk5j
— Muhammad Shafiq Ali (@shafiqali2511) April 7, 2023
the 1st ting terlintas- mana nak solat? hahahaha konfem sape dduk bilik ni auto jd ahli surau/masjid. sbb kt bilik xda ruang 😅 https://t.co/j8eTrGIIZI
— rex (@ctnurathirahh) April 7, 2023
Orang ramai turut bersependapat, pada hari ini agak sukar untuk mencari ‘rumah/bilik sewa asli’ yang tiada renovation penambahan partition.
Bagaimanapun ada juga netizen menyatakan walaupun ‘bilik sewa’ yang diiklankan itu sempit, namun ia nampak cantik dan kemas, jauh lebih baik daripada beberapa bilik sewa lain yang mereka pernah lihat sebelum ini.