Seorang pemain badminton di Kanada, Ling Sheng tampil mendedahkan tentang isu penipuan wang yang melibatkan jurulatih dari Malaysia iaitu Mohamad Arif Abdul Latif.
Pendedahan yang sekali gus menghangatkan kembali isu tersebut dimana sebelum ini Arif telah menafikan beliau terlibat dalam salah laku itu.

Baca Juga:
- Arif Latif Nafi Larikan Wang Pemain Badminton Kanada
- Ini Ranking Dunia Terkini Pemain Badminton Malaysia (Minggu Keenam 4 Februari 2025)
- Ini Pendapat Tan Boon Heong Dan Koo Kien Keat Mengenai Keinginan Menjadi Jurulatih Badminton Negara
Namun, laporan terbaharu itu pastinya menyebabkan ‘drama’ ini akan menjadi lebih panjang serta lebih menarik untuk disaksikan peminat badminton tanah air.
Menerusi ciapan wartawan Astro Arena,Faizal Bazari, Ling Sheng tampil menjelaskan penipuan Arif kepadanya.
Ling Sheng juga dalam pada itu tanpa berselindung mengakui akan membuat laporan polis di Kanada dan pergi ke pejabat Kedutaan Malaysia dalam usaha mendapatkan keadilan dan haknya.
Bukti yang dimuatnaik itu menyaksikan Ling Sheng telah melakukan transaksi kepada Arif bernilai CA$40,000 (RM123,083.75).
Difahamkan, Arif telah memulangkan wang sebanyak CA$1,900. Ini bermakna beliau masih berhutang sebanyak CA$38,100 (RM117,223.09).
Seperti dilaporkan sebelum ini, Arif menegaskan bahawa perkara tersebut hanyalah salah faham dan terdapat jurulatih yang iri hati dengannya.
“Ini semua salah faham. Ada beberapa jurulatih dari Kanada yang menggunakan nama saya dalam hal ini. Kemudiannya ada salah faham antara saya dan kelab lama itu.”
“Namun, ia telah disalah tafsir oleh pihak di sana. Terdapat jurulatih yang iri hati dengan reputasi saya ketika di sana.”
“Ketika ini saya dalam usaha untuk menangkis situasi ini dengan khidmat guaman di sana dan masih lagi dalam proses untuk mengumpul bukti.”