Siapa sahaja tidak mahu memiliki simpanan wang yang mencecah lima angka kerana tahu boleh digunakan sewaktu kecemasan kelak?
Bagaimanapun, seorang lelaki di Threads berpendapat jika kalau seseorang individu yang masih tidak mempunyai simpanan boleh dikira gagal dalam literasi kewangan.
“Kalau kau umur 30 dah… tapi saving RM10k pun tak ada, something is wrong. Bukan nak judge. Tapi kena jujur.
Anda sudah bekerja berapa tahun? Dan masih hidup macam hari pertama?”

Menurut lelaki itu lagi, hal ini bakal menjadi masalah kerana kadar inflasi yang semakin tinggi ditambah dengan komitmen yang besar sedia memberi kesan yang negatif kepada kehidupan seseorang.
Dia percaya bukan sesuatu yang wajib untuk menjadi kaya pada usia 30-an tetapi masih dalam kepompong yang sama maka perlu membuat refleksi diri untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.
Bagaimanpun perkongsian lelaki itu meraih perhatian ramai dan majoritinya merasakan tidak adil untuk mempunyai pandangan sedemikian terhadap seseorang yang tidak mempunyai simpanan sebanyak itu sebagai tiada literasi kewangan atau gagal.
“Kita ni kalau tak hidup kat tempat orang, diam je. tak payah bandingkan, ada orang terpaksa tanggung keluarga dan berkorban untuk keluarga. bukan semua orang lahir ada keluarga sebagai backup, ramai yang dijadikan backup instead,” kata seorang netizen.
Ramai percaya setiap individu pasti mahu menyimpan wang baki jika ada tetapi terbeban dengan komitmen dan kos sara hidup yang perlu diselesaikan utama sekali.
“Sy telah simpan 7tahun sekitar 15k. then Allah uji anak sakit tahun lepas & jadi anak istimewa. Sy terpaksa cuti tanpa gaji jaga anak. Hampir habis saving sebab bayar segala hutang yg sy ada. Husband mmg bayar segala yg wajib dia tanggung alhamdulillah,” kongsi seorang wanita.
Ada juga berkongsi yang mereka pernah menyimpan jumlah yang banyak namun habis dalam sekelip mata susulan ditimpah musibah secara mengejut.
Oleh itu, netizen meminta lelaki itu untuk melihat sesuatu perkara dengan lebih meluas dan tidak sekadar syok sendiri di dalam kepompong sendiri semata-mata.