Golongan muda di negara ini dilihat semakin sukar untuk menabung demi masa hadapan, menurut laporan diterbitkan Prudential Malaysia Assurance Berhad (PAMB) pada Isnin lalu.

Laporan bertajuk ‘Melakar Masa Depan Yang Gemilang – Mencari Jaminan Kewangan Masa Depan: Cabaran dihadapi golongan muda Malaysia’ ini mendedahkan bahawa kesukaran golongan berbuat sedemikian dek berikutan kenaikan gaji rendah, peningkatan kos sara hidup, perubahan dalam landskap pekerjaan serta celik kewangan terhad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Pegawai Eksekutif PAMB, Lim Eng Seong berkata, ia turut memaparkan bahawa golongan muda berumur antara 25 hingga 34 tahun lebih bimbang tentang kewangan peribadi, terutamanya ketika berada di peringkat awal kerjaya.

“Golongan dewasa muda mengakui mempunyai tahap kepuasan rendah tentang kesediaan membuat persiapan menghadapi masa depan.

“Ini adalah yang terendah di kalangan 13 pasaran Asia dalam kaji selidik ini,” katanya dalam kenyataan.

Laporan itu turut memaparkan golongan termuda Malaysia berumur antara 25 hingga 34 tahun lebih bimbang mengenai kewangan peribadi, terutamanya di peringkat awal kerjaya.

Malah menurut laporan tersebut, dari segi simpanan mendapati hanya 25 peratus dari kumpulan umur 25 hingga 34 tahun dan 40 peratus bagi usia 45 hingga 55 tahun menyumbang kepada dana persaraan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Walaupun lebih separuh (57 peratus) yakin mempunyai simpanan mencukupi untuk menanggung kehidupan sehingga umur 80 tahun ke atas, namun ini adalah angka terendah yang dicatatkan dalam mana-mana negara.

“Kaji selidik ini mendapati rakyat Malaysia yang lebih muda berkemungkinan melakukan beberapa pekerjaan bagi menampung kehidupan dengan 38 peratus dalam kumpulan umur 25 hingga 34 tahun menyatakan mereka bekerja lebih daripada satu pekerjaan berbanding dengan 26 peratus dalam kumpulan umur di antara 35 hingga 44 tahun,” ujar laporan berkenaan.

Dapatan itu merupakan sebahagian daripada laporan untuk seluruh rantau oleh Economist Impact yang bertajuk ‘Meneliti Semula Kesejahteraan di Asia: Bagaimana pandangan hidup berubah’ melibatkan 5,000 peserta di 13 pasaran Asia.

Bahkan, Ketua Jabatan Dasar dan Strategi KWSP, Balqais Yusoff ketika ditemu bual Economist Impact berkata, golongan muda didapati semakin sukar menabung kerana cabaran struktur gaji terutamanya tenaga kerja muda serta set kemahiran yang tidak sepadan.

“Gaji tidak berubah pada tahun kebelakangan ini bagi kebanyakan tenaga kerja, termasuk golongan muda,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial di Universiti Malaya (UM), Dr Norma Mansor berkata, gaji tidak berubah pada tahun kebelakangan ini bagi kebanyakan tenaga kerja, termasuk golongan muda.

“Tiada kenaikan gaji mendorong ramai golongan muda, terutama yang berpendidikan tinggi untuk berhijrah ke luar negara di mana peluang pendapatan lebih besar,” ujar beliau dalam perihal mengapa golongan muda cendorong untuk berhijrah ke luar negara.

Sumber