Kebiasaannya apabila laptop atau telefon pintar hilang, maka kita mungkin akan mencari dalam beberapa hari sahaja lalu meredhakannya kerana tidak terlalu berharap.

Namun berbeza buat gadis ini kerana beliau cekal berusaha mendapatkan semula laptop yang dicuri walaupun memakan masa beberapa minggu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi akaun TikTok @miyabell, beliau menceritakan kisah bagaimana rumahnya telah dirompak sehinggalah berjaya menjejak semula laptop yang hilang.

@miyabell

Perompak 0 – Miyabell 1 #perompak #mencuri #polis #storytime #storytelling #fyp #foryou

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Kisahnya bermula apabila rumah telah dirompak pada siang hari. Antara barang yang berjaya dicuri termasuklah laptop yang baru dibeli dan juga beg dompet. Kemudian, beliau pun membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Walaupun sudah selalu berhubung dengan pihak polis untuk kemas kini kes itu, kelihatannya seperti situasi ini menemui jalan buntu.

Namun, semua ini berubah apabila beliau menerima satu emel daripada sebuah kedai komputer yang mana memaklumkan ada seseorang individu yang menghantar laptop untuk reset.

Namun, individu tersebut merupakan warga asing dan bukan pemilik asal kerana alamat e-mel adalah milik wanita itu. Hal ini sekaligus menimbulkan syak wasangka bahawa laptop ini adalah hasil curi.

Pekerja kedai itu kemudian memberikan nombor telefon suspek kepada beliau. Beliau lalu terfikir satu idea untuk mendapatkan semula barangan daripada suspek.

Beliau terus mesej menerusi WhatsApp kepada nombor tersebut dan mengatakan mahu menghantar parcel ke rumah suspek tetapi ketiadaan alamar rumah.

Jadi, beliau meminta suspek untuk memberikan lokasi sebenar. Suspek pula yang sudah masuk perangkap kerana menyangka benar-benar mempunyai hantaran itu pun memberikan location live kepada beliau.

Tanpa berlengah, beliau memaklumkan kepada pihak polis bersama lokasi tersebut yang mana berhasil menangkap suspek selepas dua hari kemudian. Barang-barang yang dicuri pula berjaya didapatkan semula dengan selamat.

Perkongsian kisah menarik ini telah menarik minat para netizen bahkan memuji tindakan licik beliau dalam mendapatkan semula barangan yang dicuri. Tidak lupa juga jasa kedai tersebut yang jujur dan sedia memaklumkan kepada beliau.

Sumber Gambar: TikTok @miyabell
Sumber Gambar: TikTok @miyabell

Jika berlaku insiden sebegini, anda boleh cuba praktikkan kerana siapa tahu anda mungkin boleh mendapatkan semula barangan yang hilang. Paling utama sekali, buat laporan polis untuk tindakan lanjut.