Sudah mencari buat seseorang ibu untuk melakukan apa sahaja demi memudahkan anak-anaknya. Malah, terdapat individu yang turut sanggup menggadaikan harta demi memudahkan anak dalam menyambung pelajaran.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian daripada TikTok @asiah1106 yang memperlihatkan seorang ibu yang hadir ke kedai bagi membeli sebuah laptop buat anaknya di universiti.

Baca Juga:

@asiah1106

Makcik ni mai nk tolak gelang emas semata mata nk beli laptop utk anak dia . Macam ni la Pengorbanan mak ayah kita nk bg ank bljaq utk ubah nasib keluarga #kutuasiah #ibukutuasiah #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Mengalami kekangan wang untuk mendapatkan sebuah laptop, tindakan ibu ini untuk meggadaikan gelang emas yang dimilikinya nyata membuat para netizen sebak.

Lebih menyedihkan, ibu ini turut menangis di dalam video serta turut memaklumkan gelang emas tersebut merupakan pemberian suaminya sewaktu ulang tahun perkahwinan dahulu.

Meskipun sayang untuk melepaskan, beliau terpaksa lakukannya bagi membolehkan anaknya mempunyai laptop sepanjang menyambung pelajaran di universiti.

@asiah1106

Replying to @cikgu masni… PART 2 – Tak jadi tolak gelang sbb Sy ajak byr bulan bulan 😔 insyallah la nnti sya tolong bayarkan separuh dari harga asal niat sedekah utk dia terima kasih yg mana nak bantu 💓 #kutuasiah #ibukutuasiah #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah #laptop #acer

♬ Seruling Sholawat Jibril – vmozjr

Tindakan yang dibuat telah mendapat perhatian pekedai yang memaklumkan untuk ibu ini menyimpan hasratnya untuk menggadai gelang emas sebaliknya mendapatkannya secara ansuran untuk memudahkan bayaran.

Perkongsian video ini telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan dalam tempoh 24 jam serta telah mendapat perhatian pelbagai pihak di mana rata-ratanya sebak dengan video ini.

Sumber: TikTok @asiah1106
Sumber: TikTok @asiah1106

Menurut para netizen, pengorbanan yang dilakukan ibu ini secara tidak langsung telah mengingatkan semua mengenai pengorbanan luar jangkaan daripada insan bergelar ibu.

Didoakan dan diharapkan agar pengorbanan ibu ini dibalas sekaligus membolehkan anaknya berpeluang mengubah nasib keluarga.