4Fingers memperkenalkan WOW4U, hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan.

Sesuai untuk anda yang suka makanan sedap dengan harga yang memang berbaloi iaitu bermula dari RM9.90.

Pilih hidangan nasi atau wrap

Tidak lengkap hidangan tanpa nasi? Jangan risau sebab dalam menu WOW4U ada tiga hidangan nasi yang boleh anda pilih iaitu Chicc Rice Powket, Fiery Rice atau Hearty Chicc Wrap.

Chicc Rice Powket disajikan dalam bentuk sandwic, ia lengkap dengan ayam bersama sos signature kemudian diapit bersama keju, nasi, sayur dan rumpai laut.

Satu untuk RM9.90, dua untuk RM14.90. Baik beli dua kan? Lagi jimat dan kenyang.

Nak hidangan yang all in one? Nah, this Fiery Rice memang untuk anda. Ada isi ayam dan tauhu yang disalut dengan sos signature 4fingers, sayur sayuran segar yang dihidangkan dengan nasi. Hanya RM13.90 je

Selain tu ada juga Hearty Chicc Wrap. Dengan harga RM12.90 anda akan dapat wrap yang penuh dengan isi ayam, sayur dan nasi. Menu ini sesuai untuk anda yang always on the go sebab ianya mudah dimakan dan paling penting mestilah sedap.

Lengkapkan hidangan anda bersama minuman pilihan dengan tambahan RM2.50 je. Tak adalah tersedak makan tanpa air.

Signature Mix pun ada

Berita baik untuk peminat Signature Mix dari 4Fingers, sekarang mereka dah bawakan semula hidangan ini untuk anda nikmati bersama tersayang.

Signature Mix yang popular dengan pilihan isi ayam, kepak atau peha ayam ini disajikan sebagai sebuah set yang dilengkapi nasi dan juga air.

Set Signature Mix Regular boleh didapati dengan harga RM19.90 sementara set Signature Mix Extra berharga RM27.90.

Tak perlu beratur, pesan secara dalam talian

Di 4Fingers anda tak perlu risau untuk berbaris panjang sebab anda boleh buat pesanan secara online terlebih dahulu untuk pick up atau dine in melalui laman web rasmi mereka di SINI..

Anda juga boleh buat pesanan melalui aplikasi Grab, ShopeeFood dan foodpanda untuk penghantaran terus ke rumah.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau promosi terkini, anda boleh layari laman web rasmi, Instagram atau Facebook 4Fingers.