Hujung minggu ini, Pulau Pinang bakal menjadi tumpuan peminat seni, budaya dan muzik apabila RIUH Pi HAWANA berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Jun 2026 di Penang International Convention, Cultural & Arts Centre (PICCA).

Acara ini diadakan bersempena sambutan Hari Wartawan Negara (HAWANA) 2026 dan dijangka menarik sekitar 30,000 pengunjung sepanjang penganjurannya.

RIUH Pi HAWANA direka sebagai sebuah pengalaman komuniti yang menggalakkan perbualan bermakna, pertukaran idea dan interaksi antara pengunjung dengan penggiat industri kreatif.

Himpunkan jenama tempatan, makanan dan pengalaman kreatif

Pelbagai jenama tempatan, pengusaha makanan dan minuman, persembahan seni serta aktiviti interaktif akan menghiasi acara sepanjang tiga hari tersebut.

Sebanyak 18 jenama dan vendor makanan dan minuman, 16 persembahan artis serta lapan bengkel kreatif bakal memeriahkan acara ini.

Dari Muzik Hingga Bengkel Kreatif, RIUH Pi HAWANA Himpunkan Pelbagai Aktiviti Menarik Di Pulau Pinang

Antara jenama yang mengambil bahagian termasuk Brownskinbeaute, MUI, Nobat, Perca Lab, The Batik Life, Tuan, Seni Tukang dan SocksMePlease.

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman daripada Bakarlicious x MeiYanfang, Cake Perhaps, Chic Tenders by PSB, Juice Bae, Kopi Ais Mamu, Matcha.Lah x Manis & Mei.

Persembahan menarik untuk hiburan pengunjung

Bagi peminat muzik, RIUH Pi HAWANA turut menampilkan gabungan artis dan kumpulan muzik daripada pelbagai genre.

Antara yang bakal membuat persembahan ialah Exists, Bunkface, Masdo, Chelsea Ng, Sakura Band, Fugo, Budak Nakal, Hujung Simpang, Saint Kylo dan Lucidrari.

Dari Muzik Hingga Bengkel Kreatif, RIUH Pi HAWANA Himpunkan Pelbagai Aktiviti Menarik Di Pulau Pinang

Pastinya pengunjung akan dihiburkan sepanjang penganjuran karnival ini berlangsung.

Bengkel seni & warisan untuk pengunjung

Dari Muzik Hingga Bengkel Kreatif, RIUH Pi HAWANA Himpunkan Pelbagai Aktiviti Menarik Di Pulau Pinang

Selain hiburan, RIUH Pi HAWANA turut menawarkan pelbagai bengkel kreatif yang memberi peluang kepada pengunjung mempelajari kemahiran baharu serta mendekati warisan seni tempatan.

Antara bengkel yang disediakan termasuk Cyanotype Printmaking oleh Massayer.Studio, Lumen Printing with Silver oleh Kanta Studio dan Stone Seal Carving oleh Sim Art Studio.

Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti seperti Mindful Sketching bersama Tiffany Choong, Nyonya Beading Experience oleh Nyonya Heritage Art, Jahit Kalcer oleh Perca Lab, Zine Making Workshop oleh Sebbuku serta sesi Menjejak Warisan Boria bersama Boria Omara.

Lebih daripada sekadar festival

Dengan gabungan persembahan muzik, aktiviti seni, bengkel kreatif, jenama tempatan dan pengalaman komuniti yang unik, RIUH Pi HAWANA menawarkan sesuatu untuk semua lapisan pengunjung.

Bersempena HAWANA 2026, acara ini bukan sahaja meraikan industri kreatif tempatan, malah menjadi ruang untuk masyarakat berkumpul, berinteraksi dan menghargai kepelbagaian seni serta budaya yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.

Jadi, jumpa anda di sana!