Di setiap hentian PETRONAS Malaysian CubPrix 2025, satu perkara jelas terasa iaitu ini bukan sekadar perlumbaan dua roda.
PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 jadi medan anak muda mengasah bakat, komuniti berkumpul dan tempat di mana impian dilakar bersama.

Dari bunyi enjin hingga sorak penonton, semuanya membentuk satu vibe yang penuh semangat dan penuh inspirasi.
Aksi dari grid sampai garisan penamat
Daripada pusingan pembukaan sehinggalah perlumbaan terakhir, PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 sarat dengan detik mencemaskan dan penuh emosi.
Sesi meet & greet dengan pelumba menjadi antara momen paling meriah dimana peminat dapat berjumpa idola litar secara dekat, siap bergambar dan borak santai.

Di finale pula, suasana podium menjadi highlight utama. Tangisan kemenangan, genggaman trofi dan kegembiraan pasukan memberi penutup yang cukup manis untuk musim 2025.
Setiap ekspresi di atas podium itu seolah-olah menceritakan perjalanan panjang seluruh pasukan sepanjang tahun.
Semua orang enjoy di booth paling ‘happening’
Walaupun PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 sinonim dengan motorsport, kawasan booth tahun ini membuktikan event ini sebenarnya untuk semua.
Aktiviti berasaskan kelestarian paling dapat sambutan, daripada bengkel minyak masak terpakai (UCO Workshop) hinggalah ke sesi DIY gelang menggunakan beads plastik kitar semula.

Lagi menarik, ada sudut produk dari tiga jenis sisa iaitu minyak masak, plastik dan tekstil.
Siapa sangka sabun, lilin, beg dan aksesori cantik boleh terhasil daripada bahan terbuang? Pengunjung pun teruja tengok kreativiti komuniti tempatan.

Selain itu, booth PETRONAS Lubricants menjadi perhatian peminat motosikal yang nak dapatkan PETRONAS Sprinta pada harga promo khas event.
Setel pula tarik pengunjung dengan tawaran rewards untuk sesiapa yang daftar aplikasi di tempat kejadian.
Permainan, pertandingan & aktiviti untuk semua
PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 bukan untuk yang tengok perlumbaan sahaja tetapi ia juga ruang untuk berseronok.
Racing simulator jadi port paling panas dengan ramai yang mahu rasa pengalaman jadi pelumba sehari.


Kanak-kanak pun tidak ketinggalan, siap beratur panjang untuk pertandingan mewarna.
Mak ayah pun relax sikit sementara anak-anak fokus pada karya masing-masing.
Persembahan pentas yang hiburkan suasana

Tak lengkap event tanpa hiburan dan PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 memang tidak kedekut.
Persembahan live band dan tarian tradisional menjadikan suasana lebih meriah.
Pengunjung yang datang untuk perlumbaan akhirnya turut terhibur dengan persembahan seni budaya tempatan.
Jom layan ‘siri inspirasi dari litar’
Untuk yang nak mengenali dunia CubPrix dengan lebih dekat, jangan lupa tonton siri Inspirasi Dari Litar di YouTube @PETRONASMotorsports.
Banyak kisah real pelumba, mekanik dan pasukan yang boleh buat anda lebih menghargai dunia perlumbaan tempatan.
PETRONAS Malaysian CubPrix 2025 mungkin telah melabuhkan tirainya, namun semangat persaingan, kebersamaan komuniti dan inspirasi dari litar terus hidup melalui setiap kisah yang dikongsikan.