DASHING, sinonim dan terkenal dengan rangkaian penjagaan lelaki yang berkualiti tinggi dengan wangian tahan lama lengkap direka untuk lelaki muda untuk mengekspresikan diri dan keyakinan mereka. DASHING sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dalam sukan bola sepak yang sangat popular di Malaysia.

2 daripada 5 kanak-kanak Malaysia yang berbakat namun tidak berkemampuan kekurangan peluang untuk mendapatkan latihan bola sepak bertaraf tinggi yang dapat membuka potensi mereka.

Berdasarkan keprihatinan terhadap kanak-kanak ini dan sebagai jenama Malaysia yang prihatin, DASHING bekerjasama dengan akademi bola sepak akar umbi berprestij, Akademi Villarreal Malaysia bagi menyediakan biasiswa bola sepak kepada kanak-kanak berbakat yang terpilih.

Pada Sabtu lepas 23 Disember 2023, Pasukan DASHING Bros bertembung dengan pasukan DASHING Bekpes Hot dalam satu perlawanan yang sengit. Untuk setiap gol yang dijaringkan oleh mana-mana pasukan dalam perlawanan persahabatan hari itu, DASHING berhasrat untuk menaja seorang kanak-kanak yang berbakat namun tidak berkemampuan untuk dilatih di Akademi Villarreal Malaysia.

Perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan DASHING Bros diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan iaitu Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Mohd Izham Tarmizi Roslan, influencer serta barisan pelajar daripada akademi bola sepak Villarreal Malaysia dan yang lain.

Manakala DASHING Bekpes Hot pula membariskan penyampai Hot FM dan barisan artis yang tidak asing lagi iaitu Johan, Fizi Ali, Tomok, Aidil Aziz, Mamak Puteh, Atu Zero dan ramai lagi.

Pasukan ini juga turut membariskan legenda bola sepak negara seperti Indra Putra Mahayuddin, Rezal Zambery Yahya, Azmi Muslim, Rudie Ramli dan Irwan Fadzli Idrus.

Beraksi 30 minit bagi setiap babak menyaksikan corak permainan menarik dipertontonkan oleh kedua-dua pasukan dengan aksi saling berbalas serangan dijelmakan sejak wisel permulaan ditiup pengadil perlawanan.

Hujan lebat yang turun membasahi bumi Cheras pada pertengahan aksi jelas tidak langsung mengganggu rentak para pemain untuk beraksi dengan penuh bersemangat.

Ia jelas dibuktikan dengan lorongan baik dilakukan Mamak Puteh mencari Aidil Aziz yang melepasi kawalan pertahanan DASHING Bros tetapi Izham Tarmizi Roslan cemerlang menghalang gawangnya daripada dibolosi pada minit kelima.

Dua minit kemudian, giliran DASHING Bros pula menguji gawang DASHING Bekpes Hot tetapi percubaan Farsan dalam kawasan penalti setelah menerima hantaran Abdurrahman diselamatkan penjaga gol DASHING Bekpes Hot, Fizi Ali.

Farsan yang merupakan pemain Akademi Villarreal Malaysia sekali lagi hampa apabila sepakan leretnya ketika berhadapan dengan Fizi diselamatkan penyampai Hot FM itu pada minit kesembilan.

Berpunca daripada satu serangan balas pantas, DASHING Bros berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi Aqid Zheffrin yang menolak masuk bola hasil umpanan menerusi tandukan oleh Sean Lje.

Kedudukan kembali terikat berselang lima minit kemudian setelah legenda bola sepak negara, Indra Putra Mahayuddin melakukan percubaan melencong dari luar kawasan penalti untuk jaringan penyamaan buat DASHING Bekpes Hot.

Jaringan itu jelas menyemarakkan lagi semangat para pemain DASHING Bekpes Hot untuk menambah jaringan dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-22.

Jaringan kedua itu terhasil susulan sepakan penalti yang disempurnakan Aidil Aziz setelah beliau dikasari dalam kawasan penalti.

Kegembiraan kem DASHING Bekpes Hot itu bagaimanapun hanya mampu bertahan seminit apabila kesilapan Fizi Ali dalam kawasan penalti membolehkan Abdurrahman untuk membolosi gawangnya.

Langkah jurulatih DASHING Bros meletakkan Sergio Aguero di barisan hadapan pada dilihat menambah sengat mereka di babak kedua.

Kehampaan itu ditebus DASHING Bros pada minit ke-41 apabila percubaan awal Aguero yang terkena tiang gol disudahkan dengan mudah Abdurrahman untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Dengan keputusan perlawanan akhir 4-3 dijaringkan oleh DASHING Bekpes Hot dan DASHING Bros, jumlah tujuh gol yang dihasilkan bermakna DASHING akan menaja tujuh pemain muda berbakat yang kurang berkemampuan dilatih di Akademi Villarreal Malaysia.

Bukan itu sahaja, DASHING telah berikrar untuk setiap gol yang dijaringkan oleh Pasukan Bola Sepak Malaysia di Piala Asia 2024, jenama ini akan menyumbang RM10,000 untuk menaja 5 pemain muda yang berbakat namun tidak berkemampuan. 1 gol yang dijaringkan oleh pasukan negara, sama dengan 5 biasiswa bola sepak daripada DASHING!

Dikendalikan oleh Football Talent Asia (FTA), Akademi Villareal Malaysia menumpukan kepada kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sehingga remaja 19 tahun untuk menjalani sesi latihan lima kali seminggu termasuk sesi analisis video dan kelas ‘strength and conditioning’.

Pemain yang terpilih untuk program ini akan berlatih di bawah metodologi Villarreal CF yang inovatif untuk membantu mereka mengembangkan potensi penuh mereka.

Villarreal CF yang berpangkalan di Sepanyol akan bekerjasama dengan kakitangan Villarreal Malaysia untuk membantu pemain berkembang melalui pendekatan dalam pembangunan individu pemain.

Bersama DASHING sokong pasukan negara, lahirkan pemain cilik di masa depan.

Ikuti laman Facebook dan Instagram DASHING untuk lebih informasi.