Pada bulan Disember lalu, jenama produk penjagaan diri lelaki, DASHING telah berjanji untuk setiap gol dijaringkan oleh pasukan negara di Piala Asia 2023, DASHING akan menaja 5 biasiswa bola sepak kepada kanak-kanak yang berbakat namun kurang berkemampuan.

Seperti diketahui, selepas berakhirnya tiga perlawanan peringkat kumpulan, skuad negara berjaya menjaringkan tiga gol pada perlawanan terakhir yang menyaksikan Malaysia berjaya mengikat gergasi dunia, Korea Selatan 3-3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Gol penting buat skuad negara itu telah dihasilkan oleh Muhammad Faisal Abdul Halim pada minit ke-51, Arif Aiman Hanapi (minit ke-61) dan Romel Morales (minit ke-90+15).

Kredit Foto: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Dengan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh Harimau Malaya, DASHING memutuskan untuk menggandakan jumlah tajaan bagi meluaskan peluang kepada pemain-pemain muda di Malaysia.

Kini, DASHING akan menyumbang RM60,000 untuk menaja 30 biasiswa bola sepak! Sebanyak 30 kanak-kanak (bukan setakat 15) akan ditaja untuk dilatih di akademi bola sepak akar umbi berprestij, Akademi Villarreal Malaysia!

Saki Goh, Pengurus Besar Kanan Pemasaran Wipro-Unza mengumumkan pelancaran Biasiswa Bola Sepak DASHING.

Menerusi kerjasama antara DASHING dengan Akademi Villarreal Malaysia, kanak-kanak yang terpilih akan menerima bantuan biasiswa selama setahun, latihan serta bimbingan dari jurulatih profesional, dan sekaligus membantu merealisasikan impian mereka.

Layari laman web https://www.villarrealmalaysia.com/dashingfootballscholarship untuk info lebih lanjut mengenai biasiswa bola sepak ini.

Bersama DASHING sokong pasukan negara, lahirkan pemain cilik di masa depan.

Ikuti laman Facebook, Instagram dan TikTok DASHING untuk lebih informasi.