Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melaksanakan Operasi Bersepadu (TEBAH) Terhadap Premis Yang Dikendalikan Warga Asing Siri 5 Tahun 2023 sekitar Jalan Kenanga, Kuala Lumpur pada tenghari semalam, 10 Oktober 2023.

Memetik hantaran Facebook DBKL, hasil serbuan dan pemeriksaan bersepadu tersebut melibatkan sejumlah 217 aktiviti premis perniagaan melibatkan kedai menjual tudung, kain, pakaian, kasut, beg, aksesori telefon bimbit, peralatan komputer, rokok elektronik (vape) dan lain-lain aktiviti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

85 orang pekerja dan pengendali premis perniagaan telah diperiksa terutamanya melibatkan warga negara asing. Seramai 29 orang pekerja warga asing dari Bangladesh (22), Indonesia (3), Pakistan (3) dan Myanmar (1) telah ditahan oleh JIM kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri menerusi kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63.

“Pada serbuan kali ini, DBKL menutup serta merta (sealed) 44 premis yang dikendalikan oleh warga asing dibawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta mengeluarkan 51 notis kompaun melibatkan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, penggajian warga asing dan melanggar syarat lesen dibawah UUK Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan selepas ini terus kepada pemilik premis warga tempatan bagi pengesyoran penamatan atau pembatalan lesen perniagaan berikutan membenarkan warga asing mengendalikan aktiviti perniagaan mereka tanpa kebenaran sah.

“Pihak SSM telah mengeluarkan 92 notis kompaun pelbagai kesalahan dan pelanggaran undang-undang berkaitan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (64 notis) dan Akta Syarikat 2016 (28 notis) ke atas pemilik perniagaan dan syarikat semasa pemeriksaan bersepadu dijalankan,” petik kenyataan rasmi yang dikongsikan.

Manakala pihak JPN pula telah membuat 42 semakan dan teguran terhadap individu/pengendali perniagaan berkaitan penggunaan Kad Pengenalan yang sah berdaftar atau meragukan menerusi Akta Pendaftaran Negara 1959.
Operasi bersepadu seperti ini akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa di semua lokasi tumpuan (hotspot) yang lain melibatkan aktiviti-aktiviti perniagaan dikendalikan oleh warga asing.
Sumber