Kevin De Bruyne menganggap Antonio Conte sebagai lebih taktikal berbanding dengan Pep Guardiola.
Antonio Conte dikenali dengan corak taktikal yang lebih defensif. Dan Pep Guardiola sukakan permainan lebih terbuka dan ofensif.
Walaupun kedua duanya memiliki corak pendekatan berbeza, kedua duanya tetap memiliki karisma yang kuat sebagai pengurus.
Kevin De Bruyne menjadi pemain penting Guardiola dalam mencipta sejarah gemilang di Manchester City. Ini termasuk membantu kelab menamatkan musim sebagai juara treble.
Kini dia bersama dengan Napoli di Serie A. Ditanya tentang pendapatnya tentang 2 pengurus yang bertaraf legenda, Antonio Conte dan Guardiola, pemain itu berkata:
“Antonio Conte lebih taktikal, namun pendekatannya sedikit perlahan [dari segi tempo].”
Seterusnya, De Bruyne menjelaskan bahawa di Itali padang adalah lebih kering. Dan itu menyukarkan sesebuah pasukan itu mengekalkan intensiti permainan mereka.
“Cara permainan berbeza, dan kekeringan padang pun berbeza. Di mana padang yang lebih kering. Ini membuatkan sukar untuk mengekalkan kepantasan,” kata De Bruyne kepada Il Napolista.
🇧🇪🗣️ Kevin De Bruyne: "Conte’s style is very different from Guardiola's. He's much more tactical and a bit slower. The style of play is different but so are the pitches, which are drier. This makes it harder to maintain the pace." (Il Napolista) pic.twitter.com/dDF1hnL3tw
— EuroFoot (@eurofootcom) September 7, 2025
Antonio Conte kembali semula ke kancah Serie A pada musim lalu. Dan dia berjaya membantu Napoli menamatkan musim sebagai juara Serie A.
Conte sebelum ini pernah menjuarai Serie A sebagai pengurus bersama dengan Juventus dan Inter Milan. Di luar Itali, dia pernah membantu Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris.