Luis de la Fuente memuji persembahan luar biasa yang dipamerkan Sepanyol selepas menewaskan Argentina 1-0 dalam aksi final Piala Dunia 2026 pagi tadi.

Kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia menjadi satu lagi pencapaian besar di bawah kendalian de la Fuente, sekali gus membuktikan perkembangan positif yang dicapai pasukan itu sepanjang tempoh kepimpinannya.

Selepas menjulang kejuaraan Euro 2024 sebelum ini, La Roja kini pastinya berazam untuk sekali lagi berdiri di puncak pada kejohanan antarabangsa akan datang.

De La Fuente Dedah Formula Sepanyol Sekat Messi Hingga Argentina Gagal Dapat Percubaan Tepat
Kredit Foto: PATRICIA DE MELO MOREIRA / AFP

Pemain Sepanyol Buat Messi ‘Hilang Arah’

Jurulatih Sepanyol itu menegaskan bahawa disiplin berpasukan menjadi kunci utama kejayaan mereka. Selain itu, beliau turut mendedahkan bagaimana pasukannya berjaya mengehadkan pengaruh Lionel Messi.

Sepanjang 120 minit permainan, Argentina gagal melancarkan sebarang percubaan tepat ke arah pintu gol Sepanyol yang dikawal Unai Simon.

Keadaan tersebut menyaksikan kelibat Messi amat terhad dan cukup tenggelam pada perlawanan yang berlangsung di MetLife Stadium itu.

De La Fuente Dedah Formula Sepanyol Sekat Messi Hingga Argentina Gagal Dapat Percubaan Tepat
Kredit Foto: Odd ANDERSEN / AFP

“Kami mengharungi Piala Dunia yang hebat dan belajar daripada setiap perlawanan. Kami lebih unggul dalam aksi final,” ujar de la Fuente menurut sumber laporan Goal.

“Sayang sekali kami tidak dapat menamatkan perlawanan lebih awal, namun perlawanan seperti ini sememangnya tidak pernah mudah. Meraih kemenangan melalui pengorbanan sentiasa memberikan kepuasan yang paling besar.”

“Kami berjaya menjauhkan dia [Lionel Messi] daripada bola menerusi penguasaan permainan. Kami benar-benar beraksi dengan cemerlang. Corak permainan berpasukan yang dipamerkan amat luar biasa.”

Sumber