Seperti ramai sedia maklum, pada ketika ini sedang berlaku perang di Gaza yang membuatkan sejumlah besar penduduk terbunuh berikutan kekejaman rejim Zionis.

Tindakan rejim Zionis serta Amerika Syarikat yang seolah tidak mengenal erti ihsan terhadap manusia ini sekaligus telah membuatkan orang ramai mengharapkan negara-negara Arab sekitar Palestin tampil membantu baik dari segi bantuan kemanusiaan mahupun ketenteraan.

Baca Juga:

Dalam pada itu, perkara sebaliknya berlaku apabila Arab Saudi baru-baru ini meluluskan penempatan sistem pertahanan udara Amerika di dalam sempadannya untuk melindungi Israel daripada ancaman luar.

Terbaharu, seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi telah ditahan di Arab Saudi gara-gara beliau berkongsi mengenai ‘perubahan’ lebih gemar berhibur berbanding sensitif dengan kesengsaraan yang dilalui penduduk di Gaza.

https://twitter.com/addien90s/status/1721401489510543426

Sehubungan dengan itu, pemilik akaun X @addien90s menyeru orang ramai serta para pemimpin Malaysia dapat menjalankan rundingan agar beliau bersama keluarga selamat dibawa pulang ke Malaysia.

Berikut disertakan perkongsian beliau yang membuatkan beliau ditahan pihak Arab Saudi dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Berdasarkan semakan, akaun X beliau tidak lagi aktif di mana beliau mungkin dikenakan desakan oleh pihak pemerintah.